Oleh kerana tertarik dengan entri dan pengalaman eyriqazz makan steak kat Me'Nate Steak House, saya bersama rakan-rakan office lepak kat sini. By the way, tempat ni terletak tak jauh dari KL Festival.
Kesemuanya lapan orang makan kat sini dan total damage adalah sebanyak RM373 so lebih kurang RM45-RM50 seorang.
Jom kita tengok bahagian-bahagian lembu. Sebelum ni saya tahu sirloin, rib ngan shank aja.
Nak masak rare ke, medium ke or well done. Pilihlah yang mana satu berkenan di hati.
Wagyu ni memang glamour le, actually ianya jenis lembu dari Jepun. Ingat ya harga ni adalah per 100 gram, so kalau kita pilih jenis tenderloin seberat 200 gram so harga keseluruhan adalah RM158. Tapi jangan risau, sebelum kita makan tu kita akan tahu berapa harga yang perlu dibayar.
Kalau yang tak makan daging lembu or daging kambing, jangan risau, ayam ada kat sini.
Menu kanak-kanak pun ada.
Pasta pun ada. Jangan risau ya.
Ni pula senarai air yang ada kat sini.
Nak jenis lembu yang makan rumput ke bijirin?
Terlupa pula pasal starter.
Ni le daging mentah yang kita pilih sebelum order. Siap ada harga sekali. By the way, daging-daging ni diletak dalam fridge.
Kan saya dah cakap tadi daging wagyu memang mahal, beratus-ratus harganya.
Saya ambil lamb.
Since kitaorang datang berlapan, so kitaorang cuba semuanya, so pinggan tu berputar-putar dari satu tangan ke satu tangan yang lain. Ni le makanan yang pertama sampai iaitu beef carbonara @RM22 sepinggan. Boleh tahan kesedapannya.
Actually lamb grill ni antara the best yang kitaorang makan kat sini malam tu. Memula saya nak order yang well-done tapi pelayan kat situ cakap nanti kering sangat dan liat so saya tukar le medium well. Memang tak salah pilihan saya, masaknya memang sempurna dengan rempah yang digunakan di samping dagingnya yang lembut. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Actually this is the best lamb yang pernah saya makan. Tak rugi bayar hampir RM50 untuk makanan ni. By the way kalau kita order steak memang air kat sini percuma, free flow pulak tu. Saya bagi rating 8.7 out of 10 untuk lamb ni. Yang kentang dan sayur tu biasa-biasa aja.
Yang ni rib eye kalau tak silap masak ni secara medium well. Salah seorang member yang order ni, dia cakap macam tak berapa sedap sangat sebab macam tak masak aja so suruh diaorang panggan jadi well done. Saya rasa pun better well done baru sodap unless kalau yang suka makan yang juicy juicy. By the way, sedap gak dan kenyang kalau habiskan sorang ni.
Yang ni t-bone grain fed. Sesuai untuk yang tak suka makan isi sangat sebab ianya tak mual sangat.
Burger wagyu ni RM38 satu didatangkan dengan kentang goreng. Memang sedap sangat lebih sedap daripada burger kaw kaw. Dagingnya yang padat serta rasanya memang mengancam. Tak boleh imagine macam mana le kesedapan kalau makan steak wagyu tapi mahal sangat sampai beratus-ratus. Kan tak pasal-pasal makan maggie kat office selama dua minggu kalau makan steak wagyu ni.
Secara keseluruhan memang sedap makan kat sini dan harganya memang standard le kot dengan steak.
9 comments:
suka lamb...rege bole tahan gk..jgn slh pilih kn terkejut tgk bil hehe
sedapnye..jarang makan kat area kl..
tq for the info .
kejjut kanjjar tengok namo kedai nih.... hahaha
Sememangnya daging wagyu adalah baka yang terbaik bagi peminat steak
nape resit nama lain?
Satu nama kedai, satu lagi nama entity yg uruskan kedai tu
makan daging wagyu untuk 2 org..bil rm415.30....wow
Wow..sekali sekala makan..apa salahnye kan..pengalaman tu penting..hehe
Reward diri sesekali kan
Hihi
Post a Comment