Pages

Monday, December 8, 2014

Jom Makan Fish and Chips di Cosy Place Restaurant Wangsa Maju

Hari minggu terasa nak makan masakan barat so singgah le kat Cosy Place Restaurant di Wangsa Maju. Ianya tak jauh dari NZ Curry House dan juga Burger King. By the way alamat lengkap adalah No. 27-29, Jalan Wangsa Delima 2A, K.L. Suburban Centre II, Seksyen 5, Wangsa Maju. Boleh call di 03-4143 6885 untuk makluman lanjut or layari facebook Cosy Place.
Bergambar jangan tak bergambar.
Anyway restoran Cosy Place ni ada dapat pengesahan halal JAKIM.
Boleh tengok diaorang masak since ianya dipisahkan dengan cemin aja.
Tempat lepak-lepak pun ada. Memang tempat ni menarik, santau, ianya membangkitkan ketengan dan juga relaks.
Macam ala-ala British hiasannya dan masa kami lunch tu tak ramai orang ada le lebih kurang 20 orang termasuk kami.
My daughter, Afiqah tak sabar menunggu makanan sampai. Kat sini macam saya cakap tadi memang tenang dengan alunan muzik ada lagu Kenny G dipasang. Jom kita tengok menu yang ada kat Cosy Place ni.
Actually tujuan utama kami datang ialah nak cari fish and chips since beberapa hari yang lepas pi makan kat Pasta Express di Puchong dan rasa macam nak makan lagi ikan. Harga kat sini boleh dikatakan berpatutan bagi masakan barat. Selain daripada western, masakan timur pun ada.
Steak ada kat sini. Tapi since baru aja makan kat Me'Nate so kita cuba lain kali ajalah.
Garlic bread, pasta memang sudah semestinya. Burger macam sedap aja.
Macam yang saya cakap, masakan tempatan pun ada seperti sweet & sour chicken, asam pedas dan paprik.
Pencuci mulut nak tak?
Harga air kat sini boleh dikatan berpatutan juga dalam lingkungan RM5.00.
Boleh cuba juga hidangan nasi sambal belacan dan nasi goreng China.
Jom kita tengok apa yang kami makan. Yang ni adalah nasi putih dengan ayam masak masam-masam manis @RM8.50. Anak pompuan memang suka sangat especially dengan ayamnya yang cukup rasa. Ditambah pula dengan timun memang lengkap hidangan ini. Rating saya bagi 7.8 out of 10.
Tengok pun terasa sedap apatah lagi bila masuk dalam mulut kita.
Garlic bread setengah dozen @RM7 memang garing dan sedap. 
Ni chicken grill dengan sos lada hitam @RM18. Memang saya suka, ni lah yang saya order dan ianya tidak mengecewakan. Ayamnya dibuang tulang dan dibawahnya penuh dengan sayur-sayuran. Alamak sorry tak sempat nak ambil gambar sayur-sayuran yang dipanggang dengan sempurna. Sos pula pekat dan ada juga ubi kentang yang dipanggang, ianya lembut dan tekstur yang menarik. Overall untuk ni saya bagi 8.1 out of 10.
Ayam memang garing dan yang penting tak muak sangat.

Inilah fish and chips yang saya katakan tadi @RM20. Ditambah pula dengan sos mayonis memang perfect le. Jangan lupa perahkan lemon atas ikan tu baru sodap. Ianya garing dan of course itu kriteria pertama saya. Ikannya apabila makan tak kering sangat dan bagi saya ianay cukup sempurna. For me ianya lebih kurang daripada yang ada kat Pasta Express but for my wife dia suka yang Pasta Express lagi sebab kat sana lebih kering kat dalam dan rasa ikan yang macam tak obvious sangat.
Bagi saya ianya adalah salah satu daripada fish and chips yang sedap dan oleh itu saya bagi rating 8.2 out of 10.  
Untuk semua sekali dengan 4 gelas air adalah RM84.10. Ianya termasuk dengan cukai 16%. Cuma satu je saya nak bagi pandangan mengenai layanan staff kat sini. Semuanya OK termasuk masa yang diambil untuk hantar hidangan, servis yang baik serta peramah cuma please le jangan bawa lagi bill terlalu awal. Masa tu Afiqah belum habis makan nasi tapi bill dah sampai. Biasanya kita panggil waiter baru bawa bill, adakah mereka terlalu efficient ataupun sebab apa?

5 comments:

cimon said...

Try makan western kat foodcourt dpn Bangsar Village bro, portion besar. ^^

eelobor said...

cosy place yang asal kat atas pertama complex kan? hehehe, kalo bro makan di kedai mamak, baru nak suap ke mulut dia org dia siap2 tulis harga dan selit kat bawah pinggan...

hazman fadzil said...

Bila tengok food presentation memang menarik dengan suasana yang selesa...sesuai if nak dating berdua kat sini....hehehehe

KHAIRUL AMRAN said...

Terliuq.. Uit kenapa tax sampai 16%? Mahal tu..

Farra Da Smiley said...

harganya nampak macam ok..makanan pon mcm sedap :)