Pages

Monday, September 1, 2014

Radamel Falcao Berpindah Ke Manchester United Dari Monaco

Mengikut The Gurdian, Radamel Falcao akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester United dengan menaiki jet peribadi beliau dari Monaco sebelum disahkan bermain untuk Manchester United. By the way, perpindahan ini adalah secara pinjaman selama setahun. Nampak gayanya skuad Man Utd semakin bagus setelah sebelum ini seorang lagi star, Angel Di Maria telah berpindah dari Real Madrid.

Jom kita tengok strategi yang bakal digunakan oleh LVG.
Of course key players adalah Falcao, Van Persie, Di Maria dan Rooney. Nampak gaya, kapten Man Utd, Rooney bakal bermain di posisi tengah berbanding dengan penyerang buat masa ini.
Yang ni memang unik sikit since kat bawah 4 pertahanan manakala yang lain main kat atas, so main hantaran jauh aja. 
Yang ni juga mengekalkan Rooney sebagai pemain bahagian tengah dan mengandingkan Persie dan Falcao sebagai penyerang. Rasanya yang ni adalah strategi 3-5-2 yang digemari oleh Louis Van Gaal.
Yang ni pula dengan tiga orang penyerang yang mana Persie mengetahuinya dan kat belakang ada dua orang back-up strikers, Rooney dan Falcao.
Yang ni memang merapu. Hantam ajalah, kita tengok nanti macam mana skuad Man Utd perform dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi bagi perlawanan EPL minggu yang ke-4. 

1 comment:

AJ said...

Fuhh, ramainya striker..sepatutnya beli midfield dan defender, baru lebih umpph...