Pages

Tuesday, September 23, 2014

Tips Booking Tiket ETS (KL-Ipoh-KL) Melalui Internet

Jom kita tengok macam mana cara untuk beli tiket keretapi elektrik (ETS) melalui internet @online untuk perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur.

Mula-mula of course le masuk website KTMB.
Lepas login dan masukkan password, keluarlah page ni. Then pilihlah "ticket reservation".
Then pilih perjalanan dari mana nak ke mana.
Sebagai contoh dari KL Sentral ke Ipoh. Banyak train yang available. Pilihlah masa dan jenis train yang sesuai. Nak yang gold ke silver. Gold ni cepat sedikit since kurang stesen yang disinggah.
Bagi yang silver, harga satu hala untuk dewasa adalah RM25 manakala kanak-kanak RM17.
Yang gold pula, dewasa RM35 manakala kanak-kanak RM22.
Jom kita ambil yang silver ya.
Pas tu isilah nama penumpang ya, satu-satu ya.
Pas tu pilihlah seat yang kita nak. Yang merah tu dah ada orang beli manakala yang biru tu belum lagi. By the way, kesemua sekali ada 6 gerabak dan setiap gerabak ada 19 baris dan setiap baris ada 4 kerusi. so kiranya berapa banyak boleh muat satu keretapi ETS ni.

Kalau tak nak kira mari saya kira, 6*19*4=456.

Bagi silver, mengikut customer service yang saya call di 03-2267 1200:
  • Bagi perjalanan KL-Ipoh, kalau nak kerusi yang mengikut arah keretapi bergerak
    • Gerabak A-C: pilihlah nombor yang besar, 10-19 (i.e. A 10A, 10B, 10C or 10C)
    • Gerabak D-F: pilihlah nombor kecil, 1-9 (D 3A, 3B, 3C or 3D)
     
  •  Bagi perjalanan Ipoh-KL, kalau nak kerusi yang mengikut arah keretapi bergerak
    • Gerabak A-C: nombor yang kecil
    • Gerabak D-F: nombor yang besar
Mengikut Adlan Khalidi pula, bagi keretapi ETS yang gold, KL-Ipoh, pilih seat nombor kecil manakala Ipoh-KL, pilih seat nombor besar.
Seterusnya, bila kita dah siap letak nama-nama penumpang, ianya tertera butir-butir.
Bila nak buat pembayaran, alamak salah satu seat telah diambil, ini kemungkinan ada orang beli tiket kat kaunter so seat 9A dan jadi merah. So kenalah pilih seat lain. By the way, yang colour hitam tu kiranya kita lock buat sementara waktu.
Dah tukar then settle semuanya tunggu pembayaran. Untuk satu family, dua dewasa dan dua kanak-kanak tiket pergi balik, KL-Ipoh-KL berjumlah RM168.
Jom kita bayar melalui maybank2u.
Jangan lupa request TAC.
Dah settle then jangan lupa print tiket ya.
So siap print lapan keping tiket pergi-balik bersaiz A4.

5 comments:

eelobor said...

minggu lepas ada gak survey tiket KTM nie sbb kena pergi kursus kat alor star. last2 deapat cari pengganti kursus.... kansel beli tiket. hehehe

AZRIN AMISAN said...

Kalo nak g thailand bleh ke book kt laman web ktmb..

Sharinginfoz said...

Dah lama tak naik train. Ok juga tak.jadi kursus kan bro

Jasmina Natasha said...

Macam mana eh nak buat bayaran melalui maybank2u? Sebab saya dah tekan confirm tapi unsucessfull dia tak keluar pun macam dalam gambar

Alia Afina said...

Hai.kenapa saya click ets silver tapi tak boleh pilih coach ea?please help