Pages

Monday, May 19, 2014

Jom Makan di House of Nasi Kerabu (HONK), Sri Gombak


Hari Sabtu yang lepas kami makan tengahari di House of Nasi Kerabu (HONK) yang bertempat di Prima Sri Gombak. Boleh tahan juga ramai orang masa kami pergi.
Tak sempat nak ambil gambar keadaan dalam HONK ni, yang ni kaunter minuman.
Kat sini memang terkenal dengan nasi kerabu. Pilihlah yang mana satu anda suka.
Selain daripada itu, ada juga nasi berlauk ayam dan nasi dagang.
Kalau nak yang masak-masak pun ada, nasi goreng kampung ke.
Ni pula harga minuman.
Jom kita tengok pencuci mulut dahulu, bubur sanggupal. Kiranya sagu le. Anyway makanan ni harganya RM2.80. Memang saya suka betul dengan santannya dan kemanisan walaupun ianya sedikit manis. Yang sedap of course sagu yang dimasak sempurna dan sedap apabila dikunyah. Untuk itu saya bagi rating 8.1 out of 10 untuk dessert ni.
Ni pula strawberi blended @RM5.50. Anak pompuan memang suka betul minuman berasaskan strawberi. For me, minuman ni biasa-biasa je. So rating saya bagi 7.4 out of 10.
Ni nasi dagang kari ayam @RM9.00. Maybe ianya sedikit mahal jika dibandingkan dengan nasi dagang di tempat lain. Saya suka dengan kari ayam ni, lembut juga dan nasinya of course kalau makan banyak memang kita rasa mual sedikit. Yang ni saya bagi rating 7.6 out of 10.
Anybody nak cuba makan cili ni?
Memang apabila kari ayam ngan telur rebus dimakan bersama memang cukup umpppph.
Ni nasi goreng cina @RM7.00 yang dipesan oleh my daughter, Afiqah. Sedap juga walaupun nasi tu sedikit keras since ianya tidak digaul dengan baik. Apabila dimakan bersama dengan ayam, udang dan sotong memang sedap juga. Rating? 7.3 le saya bagi.
Nasi kukus ayam @RM6.90 memang sedap especially dengan ayamnya yang dimasak garing. Nasi nampak macam sedikit lembik tapi ianya tidak menurunkan selera kami. Dimakan pula dengan sambal lada dan timum memang perfect. Saya bagi rating 7.7.
Sesiapa sahaja tengok ayam ni, memang terasa aja nak makan.
Lain kali kena cuba nasi kerabu. Nak makan hari tu pun tak larat sebab sehari sebelum tu kami telah menikmati nasi kerabu di tempat lain. Just datang sini sebab nak cari kelainan. By the way, kalau nak datang singgah le di Lot G-89, Jalan SG prima 3. Boleh call puan / cik manager Ayu 011-555 4535 or 017-555 9782.
Semua sekali dengan air dan kentang goreng adalah RM41. Lain kali boleh datang lagi cuba nasi kerabu ya di House of Nasi Kerabu (HONK).

7 comments:

HaiDa HiDa said...

Tiba-tiba teringin nak makan nasi kerabu ni.. Sangupal,one of my feveret.. Nampak menarik je menu2 di HONK..

hazanis said...

semuanya nampak sedap. :)

Unknown said...

Tq for info. Boleh cuba ni. Memang susah nak cari nasi kerabu yang betul-betul sedap kat KL ni..:)

mama tisya said...

lprrr tgk smua menu...bole tahan regenye tp kalo sedap ok la

Hazmin Hamudin said...

Kalau orag pantai timur mesti tak lepaskan peluang datang sini ni. Hehe. Nampak macam sedap je.

Unknown said...

hujan2 cenggini mmg best giler kalau mkn nasi kerabu... tambahan lak mkn kat HONK yg mmg superb dia punya taste...

Liza Shopz said...

Mahal harganya bila dah jadi restoran besar...ya la..sewa kedai pun dah brp... ada option yg murah dan sedap..x jauh dari giant batu caves...restoran 'tu dok ko.'..mcm2 ada...cuma susah nak cari meja kosong..haha