Pages

Sunday, February 16, 2014

Astro Buat Nakal Lagi

Saya ada subscribe Astro Super Pack 1 yang mana yuran langganan adalah RM141 sebulan dan of course ianya adalah HD channel. Masalahnya, kondo yang saya tinggal ni tak support HD channel so tak bolehlah tengok cerita yang berHD. Tak dinafikan Super Pack ni lebih murah berbanding dengan kita langgan satu-satu channel, i.e. movie, sport, mustika, mini dan family.

Masalah sekarang ialah salah satu channel iaitu Astro One HD (channel 393) dulu boleh tengok melalui channel 393 memandangkan Astro ada bagi preview sampai semalam (14 Februari 2014) dan kini ianya sudah tiada lagi. Kalau nak tengok kena langgan Astro B.yond HD.

Saya memang dah langgan Astro B.yond HD cuma tak boleh tengok HD channel sebab kondo tak support. Call kondo pula dia cakap memang kalau nak tukar centralised receiver tu kos banyak menelan beribu-ribu lemon. So tersepit le kita sebagai customer.

Kalau sebelum ni Astro boleh bagi channel 393 tu apasal sekarang tak boleh. Maybe boleh consider dengan mengenakan bayaran bagi mereka yang nak subscribe dan tidak melanggan Astro HD manakala kepada yang dah melanggan channel HD tapi tak boleh tengok citer ni, bagi le free.

2 comments:

kuntum said...

Sama la masalah kita. Nak tengok sambungan citer korea kat ONE.Tup2 dah tamat siaran free tu. Sya pun dok kondo .. kena pasang kabel/wayar apa ntah kalu nk pakai HD.. huhu..

Bella Enveeus said...

Astro memang macam tu. Kalau difikirkan, kenapa sesetengah tak dapat channel/ tak support? Sedangkan Astro is the one yang monopoli. Dah la monthly charges mahal. Mereka patut give the best service untuk customers. Kalau dah ada competition baru nak sibuk2 improve service kan tak guna..