Pages

Saturday, February 15, 2014

Hukum melabur dalam ASB, ASN 'harus' tegas Jawatankuasa Fatwa

Sekarang ni timbul lagi mengenai isu halal, haram dan juga harus mengenai pelaburan di dalam ASB dan ASN. Semalam ada article mengenai perkara ini di dalam Berita Harian.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah harus. Ini termasuk dividen dan bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu."

Boleh juga baca kenyataan media. Secara ringkasnya:
  • Mengenai isu pelaburan ASB dan ASN yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu menyebarkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti mengatakan ASB dan ASN adalah tidak patuh syariah. Perkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak manakah yang diberi autoriti dalam mengeluarkan hukum di Malaysia.
  • Sepertimana semua sedia maklum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa sejak dari tahun 2008 telah pun membincangkan isu pelaburan dalam ASN dan ASB dan telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Keputusan yang dibuat ini adalah dengan melihat ruang lingkup yang luas bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar terhadap sosio ekonomi Umat Islam.
  • Di media sosial, blog-blog dan facebook, golongan yang mengakui sebagai ahli pakar ini cuba menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam terhadap status ASN dan ASB dengan merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh SC tersebut. Isu pelaburan ASN dan ASB ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai ahli pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.
  • Keputusan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama'i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada para Mufti dan ahli-ahli pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith dan tafsir, muamalat dan sains, dan keputusan dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak pengurusan tertinggi PNB dan juga Majlis Penasihat Shariah PNB sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar dan ulama berwibawa tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.
Saya tak nak komen banyak mengenai perkara ini dan pandangan peribadi saya adalah saya sendiri memang tak simpan / melabur dalam ASB or ASN memandangkan saya tidak yakin mengenai status pelaburan yang mana sebahagian daripada dana dilaburkan di dalam kaunter yang berlandaskan riba. Boleh check Laporan Tahunan ASB 2012.
  • Hampir 1/4 daripada dana dilaburkan di dalam sektor kewangan (Maybank) dan juga Public Bank. Of course ada juga perbankan berlandaskan syariah di dalam kedua-dua bank ni.
  • Investment di dalam BAT pun ada walaupun nilainya tak sampai 1% tapi of course ianya berada di dalam top-20.
  • ASB memiliki lebih 40% saham dalam Maybank. RM25.6 billion daripada dana tersebut dilaburkan di dalam Maybank. Memang sungguh banyak.


  • Sehingga hujung tahun 2012. Jumlah pelabur di dalam ASB adalah 7.82 juta manakala jumlah keseluruhan pelaburan mereka adalah RM110.3 billion or purata RM14,000 seorang melabur dalam ni. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia adalah 28.6 juta or 27% daripada mereka melabur dalam ASB. So maknanya kalau tanya 10 orang, lebih 2 orang yang ada akaun dalam ASB.

Saya tak nak argue dengan sesiapa pun mengenai hal ini. Terpulanglah kepada diri masing-masing dan semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang shubhah (samar atau tidak jelas). Of course banyak lagi tempat yang kita boleh melabur i.e. Tabung Haji or Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Walaupun dividen atau pulangannya tak banyak tapi ianya memang kompetitif. Apa yang penting ketenangan. 

2 comments:

Anna Da Lady Contest Version said...

Saya sangat sangat bersetuju dengan pendapat saudara...Kalau boleh, kita cuba elakkan perkara yang syubhah, sebab apa yang lebih penting sebagai orang Islam, adalah di SANA....dan ia tidak merugikan kita pun, kalau tidak melabur di SINI, yang penting pelaburan di SANA :) apapun, terpulang kepada pendapat masing-masing...

amirah said...

betul, terpulang pd pendapat masing2 sebab fatwanya adalah harus. tp sebab ianya harus kita kena kaji kenapa. daripada mengikut je tanpa tau sebab musabab.pilihan di tangan anda. tp kalau dah tau baiklah kita elakkan syubhah kan bro nik