Kebanyakkan daripada kita ingin memiliki rumah / tempat untuk berteduh sendiri jika dibandingkan segelintir yang gemar untuk menyewa. Berikut ialah serba sedikit mengenai tips untuk membeli rumah:
- Sebelum membeli hartanah, anda hendaklah mengetahui tujuan pembelian tersebut. Adakah ianya untuk disewa (atau dijual setelah hartanah tersebut siap) atau untuk didiami. Jika untuk disewa, belilah condo / apartment keranya ianya mudah disewa dan cari lokasi yang banyak permintaan dan bukannya tempat yang anda suka diami.
- Carilah pemaju yang berwibawa kerana anda akan mungkin menghadapi risiko sekiranya hartanah tersebut tidak siap atau terbengkalai ataupun kualiti tidak menepati jangkaan anda
- Hartanah tersebut perlulah berada di kawasan yang strategik (infrastruktur yang sudah establish), crime-rate yang rendah, terdapat kawasan perumahan yang berdekataan dan yang penting kawasan tersebut tidak terlalu padat dengan penghuni atau aliran trafik kenderaan yang baik
- Pilihlah bank yang menawarkan kemudahan pinjaman yang fleksibal dan kadar keuntungan / faedah yang rendah. Periksa dengan bank sama ada anda akan dikenakan charge sekiranya membuat pembayaran lebih awal. Ini penting bagi yang membeli hartanah untuk tujuan pelaburan
- Buat survey dengan bertanyakan orang lain yang biasa dengan kawasan tersebut kerana mereka lebih mengetahui situasi / keadaan persekitaran tempat tersebut
- Buatlah bajet terlebih dahulu kerana anda memerlukan apabila hartanah tersebut siap, anda memerlukan wang untuk membuat pengubahsuaian, i.e. untuk membuat "kitchen cabinet", wiring untuk elektrik dan sebagainya
- Sebelum menerima hartanah tersebut daripada pemaju, periksa betul-betul jika terdapat kerosakan atau kualiti yang tidak menepati piawaan yang dijanjikan
- Jangan membeli hartanah disebabkan oleh kawan-kawan anda membeli di kawasan tersebut, buatlah penilaian sendiri dengan mencari seberapa banyak maklumat
- Bagi yang ingin membeli hartanah yang dilelong, tengok keadaan rumah tersebut terlebih dahulu dan jangan hanya berpandukan gambar atau cakap daripada penjual
- Akhir sekali, selamat membeli hartanah idaman anda, tidak kira apa jua tujuaannya.
2 comments:
wah..bagus..tips nih
shahrizan, thanks. good to know that you like the tips.
Post a Comment