Anda ingin atau telah mempunyai kereta. Ikutilah sedikit tips berkaitan dengan kereta:
- Sebelum membeli kereta, fikirkan dengaan lebih mendalam adakah kita benar-benar memerlukan kereta atau disebabkan orang sekeliling kita mempunyainya. Jika tidak membelinya, bolehkan kita menggunakan pengangkutan awam, i.e. bas, LRT, motosikal atau menumpang kawan
- Kalau perlu juga, bolehlah consider membeli kereta terpaki dan setelah kita menggunakannya beberapa tahun bolehlah membeli kereta baru. Ini membolehkan kita menikmati "Non Claim Discount (NCD)" yang lebih tinggi. Apakah itu NCD? NCD ialah skim gaanjaran kepada pemegang polisi apabila mereka tidak membuat tuntutan (claim) bagi polisi tersebut dalam tempoh 12 bulan sebelum ini. Bagi kenderaan kegunaan sendiri, kadarnya adalah di antara 25% sehingga 55%.
- Bagi yang muslim, ambillah takaful dan bukannya insurans kerana ianya berlandaskan syariah dan jika kita tidak membuat sebarang tuntutan, sesetengah syarikat takaful akan membuat pembahagian keuntungan. Sila periksa terlebih dahulu sebelum kita mengambil apa-apa perlindungan ke atas kereta kita
- Jangan terlebih mengambil perlindungan, i.e. melebihi harga pasaran. Kebanyakkan orang akan mengambil perlindungan sehingga baki pinjaman
- Bagi penyenggaraan kereta, elokkan dihantar kepada pusat yang disyorkan, i.e. bagi kereta proton hantarlah ke pusat servis Proton di dalam tempoh jaminan walaupun ianya lebih mahal jika dibandingkan dengan pusat servis yang lain. Yang penting, jika apa-apa berlaku pada kereta ianya masih di dalam jaminan.
- Memandu kereta dengan berhati-hati dan patuhi peraturan di jalan raya; keselamatan terjamin dan kita boleh mengelakkan daripada di saman pihak berkuasa.
- Selalu periksa tekanan angin kerana tekanan yang tidak betul akan meningkatkan penggunaan petrol dan seterusnya akan meningkatkan perbelanjaan. Buat "balancing" dan "alignment" di waktu yang disyorkan.
- Jagalah kereta dengan baik, i.e. hantar untuk diselenggarakan, basuh kereta, pemanduan yang berhemah keranya kita akan menggunanya untuk tempoh masa yang panjang dan harganya bukannya murah. Lainlah jika kita ingin menukarnya setiap tahun.
5 comments:
tq sifoo...nfo yg amat berguna
norsel, i am not a sifoo, i am sharing something that which is i think practical. thanks for visiting
im using ure nick name as sifoo...cosz i dunno ure real name....:p
saya ingin bertanya: sekiranya saya beli kereta 2009 dan pada tahun itu juga kereta itu terlibat dalam kemalangan n buat claim...maksudnya NCD saya kembali 0 ke? setelah tahun 2010 saya nk perbaharui insurans...pd masa itu NCD saya tidak dikira...(betul kan?) skg ni sy nak renew untuk tahun 2011 saya...dan sepanjang tahun 2010 saya tidak ada mmbuat apa2 claim kpd pihak insurans...so mcm mana dgn NCD saya pada tahun 2011 ni dikira?
antitima: setahu saya bila buat claim ncd jadi 0 kembali, pas tu tahun seterusnya dapat le 25%
Post a Comment