Thursday, October 22, 2009
Perlindungan - Takaful / Insurans
Mengapa perlu ambil takaful / insurans?
Ianya sebagai perlindungan atau untuk menjamin masa depan anda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Contohnya, jika berlaku kematian. Ini sangat penting terutamanya bagi yang mempunyai tanggungan, tidak kira isteri atau anak-anak. Bayangkan sekiranya anda meninggal dunia kelak, macam mana dengan anak isteri anda jika tidak disediakan wang yang secukupnya.
Ambillah dari sekarang. Anda masih tidak terlambat. Bagi yang mempunyai anak, bolehlah bermula dengan sedikit, i.e. RM50 sebulan, jika duit dan banyak tambahlah. Banyak syarikat yang menawarkan takaful atau insurans. Sebagai contoh Takaful Malaysia, skim siswa. Apabila cukup masa, i.e. anak anda sudah mencapai umur 18 tahun bolehlah kita mengeluarkannya, sama ada ingin keluarkan sekaligus ataupun setahun sekali sehingga anak anda berumur 21 tahun.
Jika ditakdirkan anda meninggal dunia, syarikat takaful akan meneruskan pembayaran bagi pihak anda so anda tidak perlu risau. Kunjungilah mana-mana syarikat takaful / insurans dan carilah polisi yang sesuai untuk anda. Anda masih tidak terlambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ada sesetengah orang melabur di dalam insuran/takaful..Apa pendapat tuan?? adakah sesuai??
Azhar,
Bagi saya lebih baik ambil takaful / insurans yang 100% perlindungan dan ianya lebih murah dengan perlindungan yang tinggi.
Wang yang lebih bolehlah digunakan untuk membuat pelaburan, i.e. beli amanah saham atau simpan di tempat yang menawarkan pulangan yang tinggi. Tetapi kena selidiki dan faham mengenai risiko sebelum membuat apa-apa pelaburan.
Kepada Ang,
I am sorry I am unable to publish your contact's detail
Post a Comment