Pages

Friday, October 30, 2009

Bajet 2010 - Menambahbaik Pengangkutan Awam




Komuter
"Menambah 8 Electric Multiple Unit (EMU) yang baru dan membaikpulih 9 EMU oleh KTMB. Langkah ini akan dapat meningkatkan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan Komuter."

Bagi yang selalu naik Komuter ni selalu berdepan dengan masalah ramai pengguna sehinggakan susah nak masuk atau keluar. Satu lagi selalu tak mengikut masa. Di harap dengan adanya extra EMU dan baikpulih, ianya dapat melancarkan pergerakan dan mengikut masa yang ditetapkan.

LRT
"Menambah 35 unit tren Aliran Transit Ringan (LRT) oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad bagi laluan Kelana Jaya-Taman Melati. 4 unit tren telah diterima dan sedang beroperasi, manakala 22 unit akan diterima pada tahun 2010 dan bakinya pada tahun 2011. Langkah ini akan dapat menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat."

Pengguna LRT juga menghadapi masalah sesak especially masa puncak, just tengok ajalah kalau naik tren nak ke office pada pukul 7.30 pagi ke atas sure susah nak masuk, kalau dapat masuk pun memang macam sardin, dibuatnya....... Satu lagi at least sebulan sekali mesti ada problem. Kalau dah ada tren yang lebih banyak semoga tak jadi masalah lagi.... Kita kan nak guna public transport kelas pertama... Kalau tak macam mana nak galakkan org guna public transport dan mengurangkan kesesakan di jalan raya......

STAR
"Membina laluan berbumbung menghubungkan stesen LRT ke pusat aktiviti berhampiran. Stesen terlibat adalah Plaza Rakyat, Pasar Seni, Bandaraya, Jalan Sultan Ismail, PWTC dan Jalan Hang Tuah."

Rasanya naik STAR ni tak ada masalah sebab tak seramai orang naik Komuter atau LRT dan sebab itulah Kerajaan focus pada laluan berbumbung. So lepas ni, kalau nak ke Sogo ke, The Mall ke atau Pasar Seni, so tak ada masalah le kalau masa hujan sebab tak basah le.... So ini dapat memudahkan pergerakan dan merancakkan aktiviti perniagaan di tempat sekitarnya.....

Semoga dengan inisitif ini dapat mengalakkan rakyat untuk menggunakan kenderaan awam dan ini sangat penting terutamanya nanti kalau masa depan harga minyak di pasaran naik melambung lagi......

4 comments:

Salahuddin Harith said...

satu usaha yang baik daripada kerajaan dengan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan...saya terasa kesan penambahbaikan ini selepas PM kita turun padang merasai sendiri perkhidmatan star lrt dari plaza rakyat ke masjid jamek tempoh hari

tempat seperti masjid jamek, imbi, kl sentral...memang sesak..dengan adanya, penambahan train ini, kurang sikit bebanannya.

Sharinginfoz said...

Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh rakyat, semoga perancangan membuahkan hasil....

Johnny Ong said...

kerajaan kena buktikan dulu bahwa sistem pengankutan kl telah tambah baik.

Sharinginfoz said...

Johnny Ong,

Memang betul semua orang selalu complain terutamanya penduduk KL mengenai masalah pengangkutan