Pages

Saturday, April 13, 2013

Sedap Juga Makan di Sakura Kristal @Taman Melawati

Hari tu pi makan malam kat Sakura Kristal di No. 301, Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Anyway kalau nak call boleh cuba nombor 03-2303 2938. Ni kalai pertama terjah ke Sakura Kristal. Sebelum ni pernah gak nampak kedai ni di KL Festival City. 
For me ni le masakan yang paling sedap di sini iaitu, ayam masak mangga, lebih kurang macam tu le namanya. Ayamnya yang dipotong tak besar dan tak kecil then ianya sangat garing, disaluti dengan tepung dan dimasak dengan sos mangga. Memang sungguh sedap dan ternyata menepati selera saya. Rating saya bagi 9.1 out of 10.
Alamak tak nampak le pula, ini ialah ikan masak masam manis. Entah ikan apa le. Tapi boleh tahan rasanya, penuh dengan nenas dan sayuran lain. Anyway masakan ni biasa-biasa aja. 7.3 ok le kot.
Butter prawn memang sedap terutamanya dengan benda alah yang kuning-kuning tu. Apa lagi kalau tak telur. Udangnya boleh tahan tahap kesegarannya. Rating rasanya 7.2 out of 10.
Kitaorang order tomyam tapi rasanya memang tak tomyam langsung. Rasa macam halia aja. Kelakar kan apabila tomyam dicampur dengan sayur kobis. Belasah ajalah janji ada kuah. Rating untuk yang ni adalah 6.1 out of 10.

Secara keseluruhan, ok le. Harga kat sini rasanya memang sedikit mahal.

3 comments:

eelobor said...

sangat menyelerakan betul nih.... pernah makan sekali kat tempat nie tp menu lain

Murni Alfathunnisa said...

nampak boleh tahan butter prawn tu..

Luqman Zakaria said...

perghh! sedap jgk tuh..drooling..hehe