Pages

Wednesday, December 12, 2012

Macam Mana Nak Reload Prepaid Telefon Melalui Maybank2u

Hari tu beli sim card XPAX untuk Danish. Since dah hampir tamat period so kenalah reload untuk make sure boleh buat panggilan or hantar SMS.
Ni nak share mengenai cara untuk reload kredit melalui internet @Maybank2u. Mula-mula kenalah masuk website maybank2u. Lepas login, then pilih "buy online"
Lepas tu pilihlah "instant prepaid top up". Yang ni lagi senang sebab tak payah key-in nombor pin untuk reload.
Then pilih nak reload apa, Celcom Xpax, Maxis Hotlink or Tune Talk. Bagi saya, Celcom Xpax dipilih.
Selepas itu pilih jumlah dan apa yang nak direload.
Benda alah ni perlukan TAC, so request le TAC number ya.
Selepas request TAC benda alah ni keluar menandakan nombor TAC telah dihantar ke nombor telefon yang kita dah daftar.
Masukkan nombor TAC then settle, boleh check telefon bagi mengesahkan ianya sudah ditop up.

6 comments:

Farid Adam said...

dah mudah dah sekarang nak beli topup...
boleh hilang customer apek2 kedai jual topup tu...hehe

- www.FaridAdam.com -

Abam Kie said...

salam. selalu gak topup dgn m2u. tp penah berlaku topup sy gagal. duit abis tp kredit x masuk...2 hari pas tu baru masuk. pas tu terus serik nak buat transaksi di situ...beli kat kedai runcit je...

hazman aka species1980 said...

bagus la bro... simple info cenggini amat berguna untuk ramai orang

Zura Tahir said...

dulu xth jgak..puas dok cari2 menu dia...last2 tnye mber cm ne nk buat..

Soleh Google ☁️ 👓 📙 said...

Assalamualaikum. Sekarang perlu mobile top up, senang sikit, contohnya di Maybank2u app.

Unknown said...

Kalau nak topap untuk org lain mcm mana ya ??