Pages

Saturday, January 23, 2010

Betul Ke Orang Malaysia Suka Simpan Duit????

Betul ke orang Malaysia ni suka simpan duit terutamanya untuk kecemasan???? Itulah keputusan daripada survey yang dijalankan oleh MasterCard walaupun ekonomi Malaysia bertambah pulih dan rakyat Malaysia semakin optimistik mengenainya....

Mengikut kaji selidik tersebut, lebih kurang 85% daripada responden, mengekalkan atau menambah simpanan mereka bagi menghadapi / persediaan untuk perbelanjaan kecemasan yang tidak diduga....

32% daripada rakyat Malaysia, berhasrat untuk menyimpan between 1% hingga 10% daripada pendapatan mereka bagi tempoh 6 bulan akan datang dan mereka akan gunakan simpanan tersebut bagi tujuan persaraan (59%), pelaburan (38%) dan pengubahsuaian hartanah (rumah ke, kondo ke, apa2 le sebanyak 29%)...

Apa-apa pun, simpan untuk kecemasan atau apa-apa tujuan adalah sangat bagus kerana ianya dapat mengelakkan kita berhutang di masa akan datang ataupun tidak menyusahkan orang lain.....

12 comments:

Azuan said...

betul kot aku pun suka simpan duit gak huhu

Solehah said...

saya ja x da simpanan..

ash miyuu said...

bagus betul rakyat Malaysia..
Ash..hurmm,ada la sikit2..

mamai said...

simpan dan keluarkan semula

AJ said...

ramai yg tak menyimpan rasanya...kos sara hidup > gaji...

Nazi? said...

I pun suke simpan duit. Untuk shopping. Shopping tu kecemasan jugak kan? : )

daun kesum said...

cikti kalo ade lebih baru simpan,
kalo tak,,gune je.,

Bo the Nerd said...

Aku menyimpan at least 10% dari income bulan2. Pecahkan saving tu pada beberapa tempat. Tak simpan all your eggs in one basket. FLYMAS MOBI.

ezzati said...

sy mintak tlg ASB simpan..kalo x, mmg jgn arap nak simpan duet dpn mta..kikikik

cik ira said...

ira pon ada gak wat simpanan..and dah ajarkan member wat simpanan..so menabung lah dalam ASB...untung

FaTiN said...

bagus amalan menabung ni(:

F I T said...

penting woo menabung tu.. aku pun dah mula menyimpan untuk kahwin walaupun takde calon isteri lagi hahaha takkan nak harap ahlong.. kang tangan kena potong tak dapek den nak nolong hehe

Tips Jimat dan Menabung