Baru-baru ini saya ada tulis entry yang mana kita boleh mula menghantar cukai taksiran 2013 pada hari ini. So apa lagi, saya tak tunggu lama dan terus menghantarnya. Buat apa nak tunggu lama-lama memandangkan Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) sudah pun diterima daripada majikan.
Setelah dikiran, ternyata lebihan bayaran yang telah saya buat melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB). So kita tunggu dan lihat berapa lama masa yang diambil oleh LHDN untuk kembalikan lebihan tersebut. Kalau ikutkan pengalaman yang lepas, lebih kurang 2 minggu dah dapat.
By the way, sedikit kelainan mengenai pelepasan tahun 2013 iaitu pelepasan khas sebanyak RM2,000 diberi kepada mereka yang mempunyai pendapatan tahunan yang tidak melebihi RM96,000. Jumlah ini actually termasuk dengan bonus tahunan.
Ianya sedikit berbeza dari apa yang diumumkan di dalam Bajet 2014 yang mana menyatakan bahawa pekerja yang bergaji bulanan sebanyak RM8,000 dan ke bawah layak untuk mendapat pelepasan RM2,000 ini.
Tapi yang bagusnya kali ini, kadar cukai telah diturunkan sebanyak satu peratus setiap kumpulan sehingga banjaran RM50,000 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2013. Dengan penurunan cukai ini, mereka yang bergaji melebihi RM50,000 akan dapat penjimatan cukai sebanyak RM475.
Monday, March 3, 2014
Saturday, March 1, 2014
Jom Buat E-filing Untuk Pendapatan 2013 Esok (2 Mac 2014)
Tuesday, February 25, 2014
Berapa Agaknya Dividen Bank Rakyat 2013
Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Maybe disebabkan kekeringan idea dan masa yang tidak mengizinkan. Saja aja tulis pasal dividen Bank Rakyat 2013. Bukannya apa, dalam beberapa hari lagi bulan Februari akan meninggalkan kita dan akan masuk bulan Mac pula. Kejap aja masa berlalu.
By the way, kemungkinan besar bulan Mac nanti, Bank Rakyat akan mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2013. Tunggu aja le ya. Mengikut rekod bagi 5 tahun yang lepas, kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 15% melainkan sebanyak 16% bagi tahun 2012. Di samping itu, bagi tahun 2011 dan 2012, ada tambahan bonus saham masing-masing 5% dan 2%.
Terasa macam tahun 2013, dividen mungkin lebih tinggi dan bagilah bonus tambahan lagi banyak. Bukannya apa, nak tambah pelaburan saham Bank Rakyat ni memang susah sangat.

Subscribe to:
Posts (Atom)