Pages

Wednesday, October 14, 2015

Boleh Tahan Juga Makan Kat Ocean Hauz Bangi

Minggu lepas kami pi makan kat Ocean Hauz yang bertempat di No. 13, Jalan 8/35, Seri Bangi Commercial Centre, Bangi. Kalau nak call boleh le cuba 03-89123971. Hari tu call untuk book tapi diaorang cakap kalau at least 10 orang baru boleh so kena walk-in le ya. 

Ocean Hauz Bangi ni dibukadari pukul 5.30 petang-11.00 malam (Isnin-Jumaat) manakala 3.00 petang-11.00 malam (Sabtu dan Ahad).
Ni senarai harga, selain seafood boleh le tambah jagung le brocolli ke. Anyway kat sini ada juga fries ya kalau nak.
So mula-mula pilihlah makanan laut yang kita nak. Pas tu pi kat cashier diaorang timbang dan bayar. Pas tu diaorang bagi le apron plastik tu dan juga kertas untuk kita letak atas meja. Make sure kertas yang licin tu kat atas ya.
Anak yang berapron tengah tunggu. Entah apa yang difikirkan.
Ramai juga yang datang masa kami pergi hari Sabtu yang lepas.
Ruang solat juga disediakan di tingkat atas tapi just muat untuk beberapa orang aja.
Makanan sudah sampai jom kita makan. 
Boleh tahan juga rasanya, yang lemon butter tu mual sikit, yang garlic pepper memang ok. Itulah dua jenis perasa yang ada, so pilihlah ya.
Tambah ngan corn ni memang sedap, then tambah le nasi sekali ya. Mula-mula kitaorang order dua nasi tapi tak cukup so tambah lagi dua.
Dah habis. Secara keseluruhan saya bagi rating 7.1 out of 10. 
Semua sekali RM125.95 makan kat Ocean Hauz yang bertempat di Bangi ni.
So apa lagi, bila singgah di Bangi terjah le ya.

Saturday, October 10, 2015

Betul Ke Pisang Hilangkan Stress dan Keletihan?

Beberapa hari yang lepas, anak pompuan asyik suruh beli pisang. Dia cakap pisang ni dapat menghilangkan stress dan juga menambahkan tenaga. So before this tak sempat nak beli pisang, pagi tadi masa pi pasar tani teringatlah mengenai pisang ni.
Since anak hari ni sekolah sebab ada hari sukan, lebih kurang so buatlah surprise so letak sesikat pisang kat atas katil dia. By the way, betul ke khasiat pisang macam tu?

Thursday, October 8, 2015

Dividen 3.3% Setengah Tahun September 2015: Amanah Hartanah Bumiputera

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan dividen sebanyak 3.3% bagi setengah tahun berakhir September 2015.

Dividen akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari Jumaat depan, 16 Oktober 2015. Tak nak citer banyak pasal AHB, apa yang penting ianya adalah berlandaskan syariah.