Pages

Wednesday, October 14, 2015

Boleh Tahan Juga Makan Kat Ocean Hauz Bangi

Minggu lepas kami pi makan kat Ocean Hauz yang bertempat di No. 13, Jalan 8/35, Seri Bangi Commercial Centre, Bangi. Kalau nak call boleh le cuba 03-89123971. Hari tu call untuk book tapi diaorang cakap kalau at least 10 orang baru boleh so kena walk-in le ya. 

Ocean Hauz Bangi ni dibukadari pukul 5.30 petang-11.00 malam (Isnin-Jumaat) manakala 3.00 petang-11.00 malam (Sabtu dan Ahad).
Ni senarai harga, selain seafood boleh le tambah jagung le brocolli ke. Anyway kat sini ada juga fries ya kalau nak.
So mula-mula pilihlah makanan laut yang kita nak. Pas tu pi kat cashier diaorang timbang dan bayar. Pas tu diaorang bagi le apron plastik tu dan juga kertas untuk kita letak atas meja. Make sure kertas yang licin tu kat atas ya.
Anak yang berapron tengah tunggu. Entah apa yang difikirkan.
Ramai juga yang datang masa kami pergi hari Sabtu yang lepas.
Ruang solat juga disediakan di tingkat atas tapi just muat untuk beberapa orang aja.
Makanan sudah sampai jom kita makan. 
Boleh tahan juga rasanya, yang lemon butter tu mual sikit, yang garlic pepper memang ok. Itulah dua jenis perasa yang ada, so pilihlah ya.
Tambah ngan corn ni memang sedap, then tambah le nasi sekali ya. Mula-mula kitaorang order dua nasi tapi tak cukup so tambah lagi dua.
Dah habis. Secara keseluruhan saya bagi rating 7.1 out of 10. 
Semua sekali RM125.95 makan kat Ocean Hauz yang bertempat di Bangi ni.
So apa lagi, bila singgah di Bangi terjah le ya.

2 comments:

mama tisya said...

ada terbaca psl ocean hauz ni lg murah dr shell out tp aritu ada kwn pegi rmi dlm 11 org tp makanan lmbt smp padahal diorang smp dlu dr org lain tp mayb tu kes miss communication kot...ada rezeki bole try

Nisa said...

Tipu je mereka semua ni. Ambil duit banyak but masak tak betul . Ada ke patut shell yg mereka masak sejuk mcm keluar peti ais? N dlm 10 min semua jenis masakan yg saya pilih dah sampai . Yang paling sakit hati ada yg langsung tak masak pasalnya mereka just tuang sos yg mereka dah buat awal2 n shell , udang n lain semua mereka masuk microware je. Ketam punyalah mahal but semua yg lembik kat dlm n masih berbau . Lagi satu setiap seafood yg mereka sediakan semua tak dibersihkan contohnya kulit ketam pun tak buka sebelum masak. Plslah kita org islam berniaga tu fikir2 sikit. Jgn nak ambil untung je. Jangan kata saya tak pandai makan n komen je kedai org islam. Duit bukan senang nak cari . Kalau takat 10 min siap , ok esok semua dtg umah saya. Saya siapkan dlm 5min