Masa pi Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini atas urusan kerja, saya menginap di Horizon Hotel. Ianya tak jauh from Kota Kinabalu Airport, lebih kurang 15 minit.
Inilah keadaan di luar bilik hotel. Memang cantik gak carpet yang digunakan.
Anyway saya dok dalam bilik superior Actually bilik ni le yang paling biasa. Hmmm, dok sorang pun ada dua katil. Hantam ajalah.
TV mesti ada kan dalam hotel, sambil-sambil boleh tengok movies ataupun tonton berita terkini. Tapi of course tak semua channel ada.
Bilik air pun not bad, color hitam yang digunakan nampak elegant.
Sabun dan benda alah lain ada disediakan. Kalau nak berus gigi dan ubat gigi boleh call diaorang dan ianya adalah percuma
Mula-mula masuk cari juga air mineral, biasanya kat hotel lain diaorang letak atas meja tapi kat Horizon Hotel ni dalam cabinet berpintu. Yang kat atas tu dkenakan bayaran, kalau tak silap RM3 untuk dua botel tapi nak free minum yang hotel punya le ya.
Tak sangka kain pelikat dan sarung disediakan. Memang bagus, lagipun beg saya tak sampai-sampai kat Kota Kinabalu Airport sebab ada masalah teknikal Airasia.
Sejadah tak disediakan tapi boleh minta, kalau hilang dikenakan bayaran RM30. Saya minta cable LAN sekali dan kalau rosak or hilang kena bayar RM50 ya.
Ni le pemandangan dari luar bilik hotel di waktu malam. Anyway untuk satu malam hotel ni kadar yang saya bayar termasuk tax adalah RM208.80. OKlah majikan yang bayar. Jom tengok kadar bilik untuk satu malam.
Saturday, November 3, 2012
Friday, November 2, 2012
Sedap Juga Makanan dalam Airasia @Nasi Lemak
Masa balik from Kota Kinabalu to Kuala Lumpur baru-baru ini sempat makan nasi lemak Nasser dalam pesawat Airasia. Anyway nasi lemak ni @RM13. Sedap juga nasi lemak ni especially sambalnya dan juga rendang ayam. Kalau berkesempatan bolehlah mencuba nasi lemak ni.
Actually nak cuba nasi ayam tapi dah habis. Hmmmm, ni le bekas nasi lemak.
Kalau tak nak nasi lemak, boleh cuba roast chicken ke.
Nak yang ringan-ringan, boleh cuba pringles or maggie.
Kalau dahaga boleh beli air. Tapi nak murah bawalah air mineral sendiri. Kalau dalam flight ianya RM3 sebotol. Kalau nak soft drink ianya RM6. Pilihlah mana satu yang berkenan.

Thursday, November 1, 2012
Jom Beli Akok dan Bahulu di Gua Musang
Siapa suka makan akok, sila angkat tangan, memang sedap kuih ni, lemak, manis dan sekali makan nak lagi.
Bahulu pun sedap especially kalau makan panas-panas kan?
Inilah rupanya acuan @bekas yang digunakan untuk memasak bahulu mahupun akok. Kalau tak silap bahan-bahan yang digunakan adalah tepung gandum, air, telur, gula dan entah apa lagi.
Hari tu masa balik Kelantan singgah kat kedai Pengusaha Akak dan Bahulu di Gua Musang. Memang panas-panas lagi.
Kalau balik Kelantan melalui jalan Gua Musang, mesti perasan dengan kedai ni. So lain kali kalau lalu ikut jalan ni, beli jangan tak beli. Harga akok adalah 3 untuk RM1 manakala bahulu pula 4 untuk RM1. Selamat mencuba.

Subscribe to:
Posts (Atom)