Pages

Monday, February 8, 2016

Panjat Bukit Broga Semasa Cuti Perayaan Cina 2016

Sempena Hari Raya Cina 2016, saya dan anak lelaki pi terjah di Bukit Broga. Kami sampai kat sini dah lebih kurang pukul 5.30 petang. Tak sangka 8.2.15 tahun lepas saya pi panjat Bukit Broga juga. So tarikh yang sama saya naik Bukit Broga ni. 
Ni antara minuman dan makanan yang dibawa naik ke Bukit Broga. Air mesti ada dan juga coklat. Ada lagi air satu botol dan biskut sikit.
Memang curam juga di sesetengah tempat tapi jangan risau naik slow-slow ya. 
No short-cut ok kalau nak naik kat atas. Kat sini ada 4 puncak. So yang susahnya nak naik puncak pertama pas tu nak sampai kat puncak lain tak susah sangat ya.
Yang ni diambil lebih kurang pukul 6.00 petang tapi masih panas lagi cuaca kat sini.
 Berjaya menawan puncak Bukit Broga setelah naik lebih kurang 45 minit.

Duduk rehat jap sampai menghilangkan letih dan ambil angin segar. 
 Ni lebih kurang kul 6.40 petang nak nak turun. Tak payah le tengok sunset ya.
Bye bye Bukit Broga nanti kita naik lagi ya. By the way, masa nak naik tu ada seorang brader dia cakap kalau letih boleh berhenti tapi jangan duduk sebabnya kita akan jadi malas. So dia cakap nak berhenti berdiri aja. Dia pun pi le jalan terus. Bila kami jumpa dia kat depan tu, tengok baik aja brother tu duduk. Hmmmmm, kalau penat duduk le ya tak perlu berdiri lagipun kita buat sekadar kita mampu, jangan paksa diri apa yang penting air mesti kena bawa. Slow-slow tak apa janji sampai ke puncak.

2 comments:

mama tisya said...

Cuaca panas walau dh 6 ptg..biasa tgk org pegi awl pg sbb nk smp puncak nk tgk sunrise

Anonymous said...

teringin nak naik bukit broga... tapi belum ada kesempatan.. huhu