Baru-baru ini, masa pi Cameron Highlands untuk short holiday, sempat bersarapan pagi / breakfast di Restoran Erra yang bertempat di No. 5, Jalan Marigold Square, Tanah Rata. Boleh call tokey Restoran Erra ni, Liza di nombor 012-537 5075 untuk maklumat lanjut. By the way, alamat lengkap dan nombor telefon ni saya dapat melalui blog
akukahtuah.
Yang istimewanya restoran ni menawarkan buffet pada harga yang sangat berpatutan. Just imagine, breakfast RM5 dan lunch RM10 untuk satu orang. Nasi lemak memang sedap.
Kebetulan pagi tu ada capati. Kekadang ada roti canai.
Kek dan buah-buahan pun ada.
Nak roti buatlah sendiri ya.
Kan saya cakap tadi RM5 aja seorang untuk breakfast.
Untuk lunch ianya dibuka seawal kul 11.00 pagi hingga pukul 3.00 or 4.00 pm kalau tak silap.
Jemput duduk dulu.
Layanlah air strawberi or teh o panas.
Ayam masak entah apa le ni, memang sedap.
Ayam kicap pun ada.
Sup ni sedap especially dengan keadaan sejuk kat sini.
Ayam masak cili padi pun ada. Terlupa pula nak ambil gambar kari ikan.
Sayur ni saya tak cuba hari tu.
Pajeri nenas ni pun sodap.
Kena pula ngan sayur dan sambal belacan memang sedap dan berpatutan sangat dengan harga RM10.
Jangan membazir ok, itu amalan syaitan.
So nak tahu lebih lanjut jangan lupa call tokey Restoran Erra di 012-537 5075. Kalau singgah di Cameron Highlands jangan lupa makan kat sini.