Pages

Saturday, November 28, 2015

Buffet Breakfast RM5 dan Lunch RM10 di Restoran Erra di Cameron Highlands

Baru-baru ini, masa pi Cameron Highlands untuk short holiday, sempat bersarapan pagi / breakfast di Restoran Erra yang bertempat di No. 5, Jalan Marigold Square, Tanah Rata. Boleh call tokey Restoran Erra ni, Liza di nombor 012-537 5075 untuk maklumat lanjut. By the way, alamat lengkap dan nombor telefon ni saya dapat melalui blog akukahtuah.
Yang istimewanya restoran ni menawarkan buffet pada harga yang sangat berpatutan. Just imagine, breakfast RM5 dan lunch RM10 untuk satu orang. Nasi lemak memang sedap.
Kebetulan pagi tu ada capati. Kekadang ada roti canai.
Kek dan buah-buahan pun ada.
Nak roti buatlah sendiri ya.
Kan saya cakap tadi RM5 aja seorang untuk breakfast.
Untuk lunch ianya dibuka seawal kul 11.00 pagi hingga pukul 3.00 or 4.00 pm kalau tak silap.
Jemput duduk dulu.
Layanlah air strawberi or teh o panas.
Ayam masak entah apa le ni, memang sedap.
Ayam kicap pun ada.
Sup ni sedap especially dengan keadaan sejuk kat sini.
Ayam masak cili padi pun ada. Terlupa pula nak ambil gambar kari ikan.
Sayur ni saya tak cuba hari tu.
Pajeri nenas ni pun sodap. 
Kena pula ngan sayur dan sambal belacan memang sedap dan berpatutan sangat dengan harga RM10.
Jangan membazir ok, itu amalan syaitan.
So nak tahu lebih lanjut jangan lupa call tokey Restoran Erra di 012-537 5075. Kalau singgah di Cameron Highlands jangan lupa makan kat sini.

5 comments:

Luqman Zakaria said...

murah sangat sangat nih..kalau cameron tuh dekat sure pergi makan dekat sini jer..byk jimat tuh..

mama tisya said...

Murah set bfast and lunch tu..menu lunch on pelbagai..air strawberry lg sbb kt cameron

HeNRieTTa JoSe said...

murahnya...sayur mesti segarkan....btul tu, perlu ada penalti jika berlaku pembaziran....

Zura Tahir said...

Murah...

arie iswan said...

Terima kasih atas sokongan semua disini kak liza nak jemput datang complimentary makan di cawangan restoran erra di no 10 jalan autovilli 1 ,persiaran autoville 63300 cyberjaya dan like page kami di fb restoran erra cyberjaya