Pages

Tuesday, September 23, 2014

Tips Booking Tiket ETS (KL-Ipoh-KL) Melalui Internet

Jom kita tengok macam mana cara untuk beli tiket keretapi elektrik (ETS) melalui internet @online untuk perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur.

Mula-mula of course le masuk website KTMB.
Lepas login dan masukkan password, keluarlah page ni. Then pilihlah "ticket reservation".
Then pilih perjalanan dari mana nak ke mana.
Sebagai contoh dari KL Sentral ke Ipoh. Banyak train yang available. Pilihlah masa dan jenis train yang sesuai. Nak yang gold ke silver. Gold ni cepat sedikit since kurang stesen yang disinggah.
Bagi yang silver, harga satu hala untuk dewasa adalah RM25 manakala kanak-kanak RM17.
Yang gold pula, dewasa RM35 manakala kanak-kanak RM22.
Jom kita ambil yang silver ya.
Pas tu isilah nama penumpang ya, satu-satu ya.
Pas tu pilihlah seat yang kita nak. Yang merah tu dah ada orang beli manakala yang biru tu belum lagi. By the way, kesemua sekali ada 6 gerabak dan setiap gerabak ada 19 baris dan setiap baris ada 4 kerusi. so kiranya berapa banyak boleh muat satu keretapi ETS ni.

Kalau tak nak kira mari saya kira, 6*19*4=456.

Bagi silver, mengikut customer service yang saya call di 03-2267 1200:
  • Bagi perjalanan KL-Ipoh, kalau nak kerusi yang mengikut arah keretapi bergerak
    • Gerabak A-C: pilihlah nombor yang besar, 10-19 (i.e. A 10A, 10B, 10C or 10C)
    • Gerabak D-F: pilihlah nombor kecil, 1-9 (D 3A, 3B, 3C or 3D)
     
  •  Bagi perjalanan Ipoh-KL, kalau nak kerusi yang mengikut arah keretapi bergerak
    • Gerabak A-C: nombor yang kecil
    • Gerabak D-F: nombor yang besar
Mengikut Adlan Khalidi pula, bagi keretapi ETS yang gold, KL-Ipoh, pilih seat nombor kecil manakala Ipoh-KL, pilih seat nombor besar.
Seterusnya, bila kita dah siap letak nama-nama penumpang, ianya tertera butir-butir.
Bila nak buat pembayaran, alamak salah satu seat telah diambil, ini kemungkinan ada orang beli tiket kat kaunter so seat 9A dan jadi merah. So kenalah pilih seat lain. By the way, yang colour hitam tu kiranya kita lock buat sementara waktu.
Dah tukar then settle semuanya tunggu pembayaran. Untuk satu family, dua dewasa dan dua kanak-kanak tiket pergi balik, KL-Ipoh-KL berjumlah RM168.
Jom kita bayar melalui maybank2u.
Jangan lupa request TAC.
Dah settle then jangan lupa print tiket ya.
So siap print lapan keping tiket pergi-balik bersaiz A4.

Sunday, September 21, 2014

Hantaran Perkahwinan di Kelantan

Ni le hantaran bagi perkahwinan adik ipar yang berlangsung weekend lepas. By the way, yang ni adalah hantaran daripada pihak lelaki.
Yang ni adalah bunga telur yang mana telur rebus dan juga jelly dicucuk dan dihias.
Cupcake ni comel juga dengan warnanya yang simple, putih, merah dan purple.
Al-Quran diberi, nanti bolehlah digunakan selalu.
Peralatan make-up tidak dilupakan.
Kasut boleh dipakai untuk pi jalan-jalan kan?
Ni duit hantaran. Sekarang ni memang mahal ya, tak kurang daripada RM10,000.
Barang kemas, cincin dan rantai juga ada.
Purse boleh letak duit.
Spec ni kalau jalan-jalan tepi pantai bolehlah dipakai.
Yang ni pula hantaran daripada pihak perempuan.
Kalau tadi ada Al-Quran, ni pula sejadah. Nanti jangan lupa sembahyang berjemaah suami-isteri.
Badan kena bau wangi.
Ni pun spec juga.
Kasut pun ada, kenalah sama kan?
 Yang ni pulut kuning dihiasi dengan telur. Berat betul bawa pulut ni.
Yang ni pula baju kemeja dengan jacket. So begitulah sedikit sebanyak barang hantaran. Actually ada lagi, ni yang sempat diambil.

Thursday, September 11, 2014

Soalan Sains UPSR 2014 Bocor. Ditunda Pada 30 September 2014

 Update: Kertas English pun bocor

Subjek Sains bagi UPSR 2014 didapati bocor. Subjek Sains sepatutnya diadakan esok 11 September 2014. Disebabkan kebocoran tersebut, ianya ditunda pada hari Selasa, 30 September 2014 iaitu seminggu selepas cuti sekolah.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid yang terbabit.

Tak tahulah macam mana kertas Sains ni boleh bocor. Diharap mereka yang telah melakukan kesalahan ini diambil tindakan yang tegas.

Wednesday, September 3, 2014

Mudah Berinteraksi Dengan Celcom Melalui Live Chat

Tadi masa check current charges untuk Celcom melalui online, dapatlah tengok jumlah yang perlu dibayar tetapi tak dapat nak muat turun bill tersebut. So baru perasan yang kat website tu ada Live Chat kat sebelah bawah bahagian kanan. By the way, live chat ni boleh digunakan hari Isnin hingga Jumaat from 9 pagi hingga 9 malam.
Pas klik ikon kat bawah tu so keluarlah benda alah ni. So masukkan butir-butir yang perlu. 
So apa lagi tanya le masalah yang kita hadapi so diaorang respond terus. Kan live, takkan nak tunggu. Memang cukup senang dan sangat membantu.
Pas tu dah settle, kalau rajin isi le benda alah ni. Cukup senang kan. Sebab tu seingat saya dah guna Celcom ni sejak dulu lagi, adalah dalam 15 tahun kot.

Monday, September 1, 2014

Radamel Falcao Berpindah Ke Manchester United Dari Monaco

Mengikut The Gurdian, Radamel Falcao akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester United dengan menaiki jet peribadi beliau dari Monaco sebelum disahkan bermain untuk Manchester United. By the way, perpindahan ini adalah secara pinjaman selama setahun. Nampak gayanya skuad Man Utd semakin bagus setelah sebelum ini seorang lagi star, Angel Di Maria telah berpindah dari Real Madrid.

Jom kita tengok strategi yang bakal digunakan oleh LVG.
Of course key players adalah Falcao, Van Persie, Di Maria dan Rooney. Nampak gaya, kapten Man Utd, Rooney bakal bermain di posisi tengah berbanding dengan penyerang buat masa ini.
Yang ni memang unik sikit since kat bawah 4 pertahanan manakala yang lain main kat atas, so main hantaran jauh aja. 
Yang ni juga mengekalkan Rooney sebagai pemain bahagian tengah dan mengandingkan Persie dan Falcao sebagai penyerang. Rasanya yang ni adalah strategi 3-5-2 yang digemari oleh Louis Van Gaal.
Yang ni pula dengan tiga orang penyerang yang mana Persie mengetahuinya dan kat belakang ada dua orang back-up strikers, Rooney dan Falcao.
Yang ni memang merapu. Hantam ajalah, kita tengok nanti macam mana skuad Man Utd perform dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi bagi perlawanan EPL minggu yang ke-4.