Pages

Monday, May 27, 2013

Cantik Betul Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Semasa pi makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor baru-baru ini, sempat singgah di Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
Bacalah sedikit sebanyak mengenai kelip-kelip ya. Memang unik betul serangga ni yang mana ianya mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Lagi gelap lagi bagus. Kalau tengah malam lagi jelas kita boleh nampak cahayanya.
Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Satu sampan bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi 4 orang. 
Perjalanan lebih kurang 15-20 minit. 
Jaket keselamatan disediakan. Pakai jangan tak pakai ya.
Beginilah situasi pengayuh sampan. Memang bukan senang kerja macam ni. By the way, mengikut pengayuh sampan yang membawa kami, RM20 diberikan kepada mereka bagi satu trip. Dalam sehari dapatlah 3-6 trip.
Lebih kurang 30 pengayuh sampan ada kat Kampung Kuantan ni.
Inilah "jeti" yang membawa kita pergi tengok kelip-kelip. 
Kelip-kelip akan hinggap kat pokok ni dan menghisap nektar dalam daun ni. 
Nampak tak kelip-kelip? Ni saya ambil menggunakan kamera telefon samsung Galaxy Ace.
Actually dalam bulatan tu kelip-kelip yang berada kat pokok. Bila tengok ianya semacam pkok krismas yang ada lampu. Memang sungguh cantik dan menarik. Ingat ya, kalau nak ambil gambar jangan guna flash, kalau tak memang tak nampak sebab kelip-kelip tu kan mengeluarkan cahaya.
Setelah hampir 20 minit tamatlah perjalanan kita untuk melihat kelip-kelip. Walaupun tambang RM50 dikenakan, ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan dan my daughter cakap, ianya sangat best.

Kalau tak silap, kelip-kelip ni boleh didapati di tiga negara iaitu Malaysia, Brazil dan New Zealand. Hmmm, by the way, masa kanak-kanak dulu saya pernah tengok kelip-kelip kat kampung.

Kalau pi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor ni, sentuh boleh tapi jangan bawa balik rumah ya, kan tak dapat generasi akan datang untuk tengok dan anda mungkin didenda sebanyak RM1,000.
Sebelum balik, sempat anak-anak bergambardi hadapan pintu masuk.
Ada juga cenderahati dijual di sini berupa magnet peti sejuk dan juga keychain. Baju pun ada dijual di sini. So begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai pengalaman tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

8 comments:

Cipina said...

Teringin sangat nak pegi tengok kelip - kelip ni lepas baca dalam majalah. Last time pegi Kuala Selangor tak sempat singgah situ huhu..

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown ada cdg nak ke sana...mungkin utk trip rietta yang akan datang...hmm..RM50 satu bot...klu nek berdua jerr pown bleh ker? sbb klu bot kecik camtu, rietta selesa xshare dengan org laen...senang nak grak...

Eliss said...

wah bestnya... lama dah tak tgk kelip2..

icee-yah said...

bestnye...mmg ade impian nk pergi tapi tak kesmpaian lagi..

shahrilhakime said...

tahniah sebab melancong dalam negara....... kalo tak kite...sape lagi ye tak????

Bella Enveeus said...

Kelip kelip.. How cute.. Pernah sekali je tengok kelip-kelip.. Hmm dah besar panjang ni kena pergi lagi lah! :)

Rasp said...

last i went there was about 8 or 9 years ago kot...
lama kan....
tapi memang cantik sungguh tgk pokok2 yg ada kelip2 tu...
memang macam pokok krismas lah....

HaiDa HiDa said...

bestnya. bila la berkesempatan ke sana..