Pages

Monday, October 15, 2012

Berapa Simpanan KWSP Setelah Bersara?

Bagi kebanyakan daripada kita yang bekerja, simpanan adalah dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Anyway sebelum saya bercerita lebih lanjut, data-data ni diperoleh from Laporan Tahunan KWSP 2011.

Nak tahu mengenai jumlah simpanan setelah bersara? Jom kita tengok dividen yang telah diisytiharkan setiap tahun bermua 1952-2011. Mengikut undang-undang, dividen minimum adalah 2.5%. Paling tinggi pernah dicatat adalah sebanyak 8.50% pada tahun 1983-1987. Pada tahun lepas, 2011 ianya pada kadar 6.00%. Kita tunggu le nanti berapa % untuk tahun 2012 pula ya.




Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok kat atas ya berapa % setiap tahun. Alamak tak kira pula berapa % purata tahunan, rasanya 5% kot. Saya budget masuk unit trust guna simpanan KWSP boleh capai 10% setahun.
Inilah yang kita nantikan, jumlah simpanan pada umur 54 tahun. Nampaknya lelaki mempunyai simpanan lebih banyak iaitu RM166,417 untuk tahun 2011. Wanita pula, RM118,436. Adakah ini menunjukkan lelaki mempunyai gaji lebih tinggi daripada wanita? Entahlah, maybe betul secara purata.

Secara purata kalau kita tak bezakan lelaki dan wanita, purata simpanan ahli KWSP apabila mencecah umur 54 tahun adalah RM149,217. Bagi tahun yang sama simpanan ahli yang tak aktif, adalah RM23,389.

Memang kita tahu, jumlah RM166,417 adalah tidak mencukupi bagi meneruskan kehidupan dengan baik. Sebagai contoh, jangka hayat penduduk lelaki Malaysia mengikut kajian  pada tahun 2007 adalah 71.7 tahun. So kalau let say lelaki hidup sehingga 72 tahun iaitu 18 tahun selepas kita berumur 54 tahun. Berapa agaknya jumlah bulanan kita boleh spend menggunakan duit KWSP?

Saya kira ni berdasarkan seseorang itu tidak menerima apa-apa dividen ataupun keuntungan daripada jumlah simpanan. 18 tahun adalah 216 bulan. So kalau kita bahagikan RM166,417 dengan 216 jumlah bulanan adalah RM770. Memang tak banyak kan? Itu tidak mengambil kira inflasi.

Kerajaan pun telah naikkan pencen bulanan from RM720 kepada RM820 dalam Bajet 2013 baru-baru ini.

6 comments:

Myvitrd said...

sebelum ni aku pernah fikirkan masalah ni bro.. rasanya kalau nilai 770 tu zaman tu mungkin tak cukup kot.. tapi kalau sekarang 770 bebas dari hutang dan tanggungan.. bersih tu je..mungkin cukup untuk makan sahaja.. lain-lain keperluan memang tak cukup.. kecuali ada simpanan lain yang boleh jana income setiap bulan mungkin boleh cover nilai 770 tu

Unknown said...

dah bersara kalau rumah blom sattel kena beraskan dulu..kereta lagi..anak nak kawin lagi kenalah support ckit2..gi haji lagi..sakit lagi..tpi kita tak tau rezeki masa depan yeah x?

Anonymous said...

anak kawin suruh himpun duit sendiri lah

Farra Da Smiley said...

lepas ni keluar pulak PRS ..private retirement scheme..so sapa2 nak tambah simpanan hari tua boleh la contribute to PRS..ada tax relief up to RM3K..insyallah bln dpn nk gi training dptkan license PRS consultant

Geng Borak said...

bagus informasi bro nih... saya pun ada invest pakai epf

Adriana said...

sy da buat investment through epf