Pages

Friday, March 25, 2011

Kamera Canon PowerShot A3200 IS @RM470 (Asal RM550) di Eye on Canon @Midvalley

Ingat tak semalam saya ada tulis mengenai "Jualan istimewa kamera canon di Midvalley"? So semalam juga pi ke Midvalley untuk beli kamera, kebetulan memang plan nak tukar kamera sebab yang dulu dah lama juga then ada problem.

Tengok punya tengok belilah kamera Canon PowerShot A3200 IS warna biru. Actually ada 3 warna lain iaitu pink, oren dan juga silver tapi ambil biru le, kan biru tu boleh menenangkan jiwa.

Masa nak beli tu ada dua model yang berkenan, satu lagi A2200 tapi bila bezakan dari segi performance ambil yang A3200 IS le sebab ianya ada "image stabilisation" yang satu lagi "blur reduction".

Ni le features untuk PowerShot A3200 IS @RM549. Antaranya 14.1 MP, 5X optical zoom, smart auto 32 scenes dan 2.7" LCD.

Ni le features untuk PowerShot A2200 @RM399. Antaranya 14.1 MP, 4X optical zoom, smart auto 32 scenes dan 2.7" LCD. Yang bezanya kat atas ialah yang ni guna "blur reduction" tapi yang A3200 guna "image stabilisation" dan zoom dia 4X. Yang lain sama aja.

So ini free gift dapat payung, orang bagi ambil le.

Macam biasa casing mesti ada kalau tak susahlah kan. Memory card ialah bercapaciti 4GB.

Anyway di samping, PowerShot, ada juga Ixus, video cam (legria) dan Canon EOS @SLR. So saya tanya le apa beza kamera PowerShot ngan Ixus. Diaorang cakap, PowerShot more on performance tapi Ixus ni lebih stylish, design cantik, modern.

So kalau yang pentingkan prestasi kamera tu beli le PowerShot tapi kalau nak penampilan ambillah Ixus.

Ni nak citer pasal harga Canon PowerShot A3200 IS. Harga asal ialah RM550 (lupakan RM1 sebab kan pening kepala) so lepas tolak diskaun semasa promosi ni RM30 dan diskaun pelajar RM50 so harga akhir ialah RM470. Ianya pengurangan RM80 or hampir 15% so for me memang berbaloi.

By the way, kalau harga yang bawah RM500, diskaun promosi ialah RM20 dan diskaun pelajar ialah RM30. So apa lagi, kalau yang memerlukan kamera, camcorder atau DSL boleh lawat promosi Canon di Midvalley yang akan tamat pada Ahad ini (27 Mac 2011). Waktu promosi 10 pagi hingga 10 malam.

17 comments:

sahromnasrudin said...

wow..hebatnya kamera nie

Fairus Bin Mamat said...

ADUH TERINGAT PULAK KAT KAMERA SAYA YANG SEDANG DI REPAIR.. ANAK BALING ABIS PECAH LENSE DIA..

Nurfarahin Selamat said...

To bad i'm staying at Melaka. Harga dye sangat berpatutan.. Tatau kat sini ada price mcm nie tak. Siap deducted student price bagai. Kan best if there's anyone can grab this for me.

velasrizal said...

memang murah dari kedai lain

toyolkiut said...

emm..
TK bab2 teknologi ni buta sikit (tak sikit la, banyakkkk)..
xpaham apa pun..
smpai skrg TK lum ada kamera lg..
apasal x cakap awal2.. leh juga TK tumpang kirim beli sama..
huhu..

mr said...

pergh!!!Menarik2!!!Macam full je hujung minggu kalau insert gi MID sekali niii..Hehe..Nak beli DSLR, guna pun xreti sgt...Ingt nak beli Prosumer je...Hihi...

nur anis said...

aduh..kenapa promosi time tengah sengkek ni..T.T

Mak lagenda said...

wah..ada org beli camera baru yek!

Anonymous said...

kalau amik kaler pink lagi cun! :D

Ms Write Addict said...

wow.comelnya the one kaler baby blue tuhhh

Murni Alfathunnisa said...

erm..memang value for money. memang plan nak beli kamera tapi jauh pulak..kalau dapat best price mcm ni memang tak tangguh lagi dah ni..

yangbaik said...

hm... hebat jugak yer kamera nie... agak2 dgn penjimatan sebanyak rm80 tu berbaloi tak dari perak nak kesana semata-mata untuk itu... huk3

Relevan said...

Canggih ni ..

ardinihumaira said...

wahhh harga sangat berpatutan!

Unknown said...

hebat & bagus..

kakyong kekal dgn powershoot a580 huhuuu... harap2 ada rezeki utk upgrade kamera..

teruja juga tgk feature a3200 is tu..

hazman aka species1980 said...

kamera digital compact skang nie memang dah banyak features dengan MEGAPIXEL yang tinggi...

Anonymous said...

ehh...btul ke harga asal A3200IS rm550? kat official web canon m'sia cuma rm499 je..