Pages

Saturday, October 30, 2010

Live Kelantan 2-1 Negeri Sembilan: Final Piala Malaysia 2010

TAHNIAH KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010: KELANTAN 2-1 NEGERI SEMBILAN

Live Kelantan vs Negeri Sembilan:

  • Wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, keputusan KELANTAN 2-1 NEGERI SEMBILAN

  • 90": Masa tambahan 4 minit

  • 87": Eroza dibawa masuk menggantikan Shakir. Perlawanan berbaki 3 minit masa biasa

  • 84": Kad kuning ketiga untuk N9 dilayangkan kepada Alif akibat tarikan baju Akmal Rizal

  • 82": Akmal Rizal dibawa masuk menggantikan Daudsu

  • 77": Norshahrul Idlan diganti oleh Chanturu

  • 73": Mohd Firdaus (N9) dilayangkan kad kuning

  • 71": Daudsu pulak nampaknya mengalami kecederaan, tak sure sama ada boleh meneruskan permainan

  • 68": Norshahrul dibawa keluar akibat kekejangan

  • 64": Gol kedua Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi dengan larian yang baik setelah menerima hantaran oleh Farhan

  • 56": Kelantan menyamakan kedudukan dengan jaringan Hairuddin hasil hantaran yang baik daripada Norshahrul

  • 53": Aidil (N9) dibawa keluar setelah berlaku pertembungan dengan Norshahrul

  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan tiada apa-apa pertukaran

  • Kedengaran banyak bunyi mercun di dalam stadium dan diharap penyokong-penyokong dapat mengawal perasaan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingi berlaku

  • Separuh masa pertama tamat. Secara keseluruhan Negeri Sembilan lebih menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah manakala Kelantan banyak membuat hantaran liar, perlu mengemaskan hantaran bagi mendapat peluang jaringan yang lebih baik

  • 45": Masa tambahan sebanyak 3 minit, Kelantan baru mula mendapat rentak, banyak serangan berbahaya

  • 32": Kad kuning dilayangkan kepada Shukor Adan (N9) akibat kekasaran ke atas Shakir

  • 30": Percubaan jauh daripada Idris (Negeri Sembilan) melepasi palang gol. Boleh dikatakan serangan lebih banyak dilakukan oleh pasukan Negeri Sembilan

  • 13": Sepakan penalti diambil oleh Shahurain telah disempurnakan dengan baik menewaskan Fahmi. Negeri Sembilan 1-0 Kelantan

  • 7": Penjaga gol Kelantan diuji oleh Idris Karim dan diselamatkan dengan baik oleh Fahmi. Nampaknya pertahanan Kelantan sedikit leka dengan serangan Negeri Sembilan

  • Setelah 5 minit permainan dimulakan, tiada serangan-serangan yang merbahaya dan penjaga gol belum lagi diuji

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan
Barisan pemain-pemain Kelantan
Barisan pemain-pemain Negeri Sembilan.

Pemain yang perlu diberi perhatian antaranya Norshahrul Idlan (Kelantan) yang menjadi penjaring terbanyak Kelantan musim ini.

Pemain tengah ini, Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan) telah menjaringkan gol pertama bagi Negeri Sembilan pada final piala malaysia 2009 dengan berkesudahan Negeri Sembilan 3-1 Kelantan.

Kelihatan penyokong-penyokong setia yang memberikan sokongan padu kepada pasukan Kelantan bagi membolehkan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kelantan buat pertama kali dalam sejarah.Penyokong tegar Negeri Sembilan yang mahu mengekalkan Piala Malaysia untuk pasukan mereka.

PREVIOUS ENTRY
Live @siaran langsung final piala malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan yang akan bermula pada 8.45 malam nanti. Saksikan kemeriahan perlawanan bola sepak antara kedua-dua pasukan ini. Sebelum ini, tahun lepas mereka telah bertarung di peringkat akhir dan kali ini mereka bertemu lagi.
Inilah Piala Malaysia yang menjadi rebutan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Suasana di stadium yang diupload pada lebih kurang pukul 6.30 petang hari ini, 30 Oktober 2010. Gambar diambil from kelab penyokong kelantan @facebook. By the way, dengar khabar sebanyak 87,000 tiket dijual dan kapasiti stadium mengikut wikipedia adalah 100,000. Ianya jauh lebih besar daripada Old Trafford, Manchester United iaitu kurang daripada 80,000.

4 comments:

hazman aka species1980 said...

Bro.... petang tadi saya sempat pegi stadium bukit jalil.... gambar2 akan di update untuk post entry besok.... hehehe

~aSHa~ said...

nak tgk mari menari pun tak dpt...uhuhuhu

Zayani Zulkiffli said...

sy link kan enty ni kat sini :)
http://nurulzayani.blogspot.com/2010/10/kelantan-menang-piala-malaysia-2010.html

Relevan said...

Ramalan ku sentiasa benar !..