Pages

Friday, February 19, 2010

Apasal Tak Boleh Login Gengblogger????

Pernah tak anda join gengblogger??? Ianya cara nada untuk mempromosikan blog anda... Memang cukup berkesan.... Yalah selepas aja anda daftar anda boleh terus share blog anda kepada gengblogger members..... caranya cukup senang just click ping dan blog anda terus diupdate di dalam gengblogger....

Masalahnya sekarang, sejak semalam saya bila masuk website gengblogger tak boleh nak login.... Biasanya nak login, buttonnya kat atas sebelah kanan... Tapi tak jumpa.... maybe semalam tak nampak... pagi ni pun masih tak ada, cari kat google pun tak dapat nak selesaikan masalah ni.. so sebab tu le saya tulis kat blog ni......

Tolong sesiapa yang ada kepakaran mintak bagi cara untuk selesaikan benda alah ni... Thanks......

Update:
Thanks guys... actually benda ni happen sebab something wrong with mozilla, tapi guna IE ok pulak......

Thursday, February 18, 2010

Penjawat Awam Merempit Juga????

So sekarang ni siapa-siapa pun merempit kan tak tertumpu kepada golongan tertentu, i.e. pelajar ke, pengganggur ke atau pun mana2 pihak... Terbaru 2 penjawat awam ditahan kerana merempit di Perlis.. Itulah yang dilaporkan oleh Berita Harian.....Mereka berumur di antara 19 hingga 20 tahun....

Pada pandangan saya, merempit tu memang tak bagus, kalau nak buat betul2 pi le kat litar kan pas tu pakai pakaian bersesuaian... Bukannya apa keselamatan diri perlu diutamakan, selepas tu keselamatan orang lain juga penting......

Maybe Kerajaan kena come out with plan yang comprehensive untuk menangani gejala ini.. Bukannya apa maybe diaorang ni ada hidden talent so kenalah kita keluarkan bakat diaorang dengan menyediakan apa-apa yang patut...

Nak Jadi Penjamin OK ke?????

Hmmmm just nak share mengenai penjamin.....Penjamin ni secara mudahnya ialah orang yang menjamin anda le masa anda ambil loan untuk beli rumah ke, belajar ke ataupun apa-apa le... So sekiranya peminjam tu tak bayar, so penjamin le kena tanggung......

Hmmmm, ada banyak kes macam ni kan... bila nak suruh jadi penjamin baik aja.. lepas tu bila diaorang tak bayar, kita pulak jadi beban... kalau dia bayar balik kat kita tak apa le.... tak kisah le kawan ke.. keluarga terdekat ke.......

So sebelum jadi penjamin tu make sure:
  1. Anda yakin dengan orang yang anda nak jamin tu...... yalah kalau yang jenis susah nak bayar tu, faham2 ajalah.. tapi kadang2 kita rasa macam terpaksa aja kena jadi penjamin kan...

  2. Kena faham le apa yang kita jamin tu.... baca dahulu sebelum anda sign... kan tak pasal2 anda cakap alamak ingatkan benda lain rupa-rupanya kalau peminjam tak bayar habis harta aku kena dilelong..

  3. Kalau nak sign pun, janganlah sign kertas kosong... bahaya tu.. kan tak pasal2 diaorang tulis apa-apa pulak kan... hmmm ini lagi parah..