Pages

Friday, May 3, 2013

Hari Mengundi Dah Dekat, Nak Pilih Calon Mana?

Salam dan selamat sejahtera semua. Hari Ahad ni adalah hari mengundi. Mesti ramai yang dah tak sabar untuk memangkah parti dan calon pilihan. Ada yang mengundi di tempat tinggal sekarang dan ada juga yang akan mengundi di kampung halaman. Ada yang pi mengundi berjalan kaki, naik motor, naik kereta dan ada juga yang ambil kapal terbang untuk menunaikan tanggungjawab.

Dah tahu nak undi calon mana? Saya cuma nak cadangkan bagi mereka yang beragama Islam, apa kata kita tunaikan solat sunat Istikarah dua rakaat bagi diberi petunjuk untuk kita memilih calon. Bukannya apa, kita tak nak buat pilihan yang tak tepat yang mana Malaysia akan rugi.

Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab kita dan semoga semuanya berjalan lancar.

Wednesday, May 1, 2013

Ramai Betul Kat Pesta Buku @PWTC Mei 2013

Pagi tadi pi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bertempat di PWTC. Anyway ianya bermula pada 26 April 2013 dan berakhir pada 5 Mei 2013, iaitu sama dengan hari mengundi. 
Memang sesak betul, itu dah pi awal, tak tahulah kalau datang tengah hari pula.
Kami parking kat hotel sebelah The Mall since parking kat Hentian Bas Putra penuh. Tengtoklah orang yang menggunakan jambatan.
Masuk aja dalam tu memang susah nak jalan.
Anyway datang sini sebab anak-anak nak cari buku. Dapatlah diskaun 15% bagi buku PTS. Kat sini of course lebih banyak pilihan jika dibandingkan dengan kedai buku.
Buku resipi tidak dilupakan. Puasa dah nak dekat kan, so belilah untuk persediaan.
Jom kita tengok kecantikan ni, yang mana ada dipamerkan. Ini adalah yang dibawa oleh Saudi Arabia.

Cheese Naan Paling Sedap di Kuala Lumpur @Restoran Selera MY

Hari tu pi makan malam bersama dengan my friend, Mr. K. First time terjah di Restoran Selera MY yang tak jauh dari Lotus Hotel, berdekataan dengan Kompleks Pertama. Kami makan roti naan. Pilihlah roti naan apa yang anda suka, garlic, cheese, butter dan macam-macam lagi. 
Ni pula lauknya, nak lamb shank ke, mutton, beef keema, ayam dan macam-macam lagi. Aik, apasal ada telefon Samsung pula ni? Ni le telefon milik Mr. K, dia cakap nak masukkan telefonnya dalam blog sharinginfoz. Hantam ajalah.
Tak sempat nak ambil gambar secara dekat dengan roti naan yang dibuat.
Roti naan keju or cheese naan adalah pilihan saya dengan keema beef aka daging cincang. 
Daging cincang @RM10 sepinggan ni memang sedap sangat. Dengan rempahnya yang cukup menyelerakan dan boleh rasa keenakan dagingnya. Tak tahu nak describe benda alah ni tapi apa yang boleh saya katakan, walaupun kali pertama mencuba daging ni, terus terpikat, kalau berkesempatan saya akan datang lagi. Rating untuk daging ni saya bagi 8.8 out of 10. 
Ni pula cheese naan @RM6 sekeping. Cukup gebu dan masak dengan sempurna. Ianya tebal dan mengenyangkan dan of course padat dengan keju. Kali pertama juga cuba cheese naan dan saya dapat rasakan yang makanan ni menepati selera saya. Rating untuk naan ni, saya bagi 8.7 out of 10. 
 Lelehan keju yang cukup banyak dan kelembutannya membuatkan ianya sedap dimakan apabila sebaik sahaja kita mengunyah. Mengalahkan pizza terutamanya apabila kita makan roti naan yang masih panas. Apasal le saya tak tahu kewujudan Restoran Selera MY sebelum ni. Anyway terima kasih Mr. K kerana mengajak saya makan kat sini.

Ramai juga blogger yang pernah makan kat sini seperti reena, suliana dan iniblogsukasuki:
  • Reena: No wonder lah, restoran ni dah cukup famous dekat dalam internet. Memang rugi besarlah kalau ada sesiapa yang belum cuba makan dekat sini. Serius, memang berbaloi-baloi. 
  • Suliana: Sedap dimakan ketika sangat lapar dan makan kena panas2.. kalau tak lapar sangat takut tak habis, dah hujung2 tu muak juga la nak habiskan
  • Iniblogsukasuki: Naan cheese best in town! Limpahan keju yang mencurah-curah..hehe**