Pages

Saturday, February 21, 2015

Memang Sedap Makan di Roti Canai D'Bukit, Bandar Baru Bangi

Selesai kami mendaki di Bukit Broga baru-baru ini, sempat singgah di Roti Canai D'Bukit yang bertempat di Bandar Baru Bangi. Nak tahu detail, boleh check blog kucingorengemok.
Memang masa tu lebih kurang pukul 9.30 pagi, so memang dah ramai. Tak ada tempat duduk yang available so kenalah tunggu. So kalau yang dah makan tu tak perlu le borak-borak ya, bagi orang lain pula.
Kami ada order, roti canai, nasi lemak dan mee jawa. Mee jawa yang sampai dulu. Memang sedap sangat especially kuahnya yang pekat dan terasa sangat dengan udang kering. Tambah pula dengan perahan limau memang mengancam. Portionnya tak banyak sangat so sesuailah since kitaorang makan benda lain lagi. 
Yang kuah roti canai kami ambil dhal dan juga kambing. Kambing ni memang sedap tak terkata dengan dagingnya yang lembut dan karinya yang perfect.
Ni le roti canai yang saya maksudkan. Memang tak garing sangat tapi lembut dan terasa keenakannya apabila rasa mentega yang sedap. Secara kesimpulan, memang tempat yang sesuai untuk sarapan pagi dan harganya sangat berpatutan.

Sunday, February 8, 2015

Akhirnya Dapat Terjah Broga Hill

Pagi tadi saya bersama ngan 3 orang rakan pejabat terjah ke Bukit Broga. By the way, bertolak from Wangsa Maju lebih kurang 5.00 pagi then sampai sana lebih kurang kul 6.00 pagi.
Kalau nak parking boleh park kat tepi jalan raya or dalalm kebun kelapa sawit. Dalam kelapa sawit ni diaorang caj RM2 untuk satu kereta.
Tak jauh 1.7km aja tapi jarak macam lebih aja. Maybe untuk start mendaki jaraknya 1.7km from papan tanda ni.
Tempat solat disediakan dalam kontena kecil ni, muatlah 5 orang kot tapi satu aja ada. Hmmmm, sembahyang atas tanah pun ok lapik ngan kain. By the way, nak pi toilet diaorang caj RM1.
Gambar yang saya ambil ni masa dah turun so cerahlah. Kami by the way mulakan pendakiaan lebih kurang pukul 6.30 pagi. Masa tu memang gelap le. Nasib baik kawan-kawan ada bawa lampu.
Perjalanan melalui kebun kelapa sawit.
Ni le lebih kurang trek perjalanan. Hmmmm, tengok tu tanahnya memang keras. Hati-hati ya mendaki.
Kena sabar dan make sure bawalah air kan dahaga. Kalau penat jangan paksa diri, duduk rehat dulu ya.
Turun pun sama kena sabar juga. 
Memang ramai yang datang maklumlah waktu cuti.
Begitulah rupa tanah yang henda didaki.
 Terlupa nak cakap yang kat sini ada 4 puncak. From satu puncak ke satu puncak yang lain tak jauh sangat.
Bila sampai kat atas memang seronok sangat.
Ni puncak yang kedua setinggi 1,150 kaki dari paras laut lebih kurang 350 meter.
Yang seronok sangat angin bertiup kuat juga dan sejuk aja, menghilangkan penat. Sebab tu le ramai yang suka mendaki Bukit Broga ni.
Tiupan angin menggerakkan lalang yang menjadikan Bukit Broga unik.
Penuh ngan lalang.
Dapat roti yang member bawa. Lain kali datang kena bawa makanan le. So begitulah kisah mendaki Bukit Broga. Actually dah lama nak pergi sekarang ni baru tercapai berBroga. See u next time.

Saturday, February 7, 2015

Dividen KWSP 6.75% Tahun 2014

KWSP telah mengumumkan dividen sebanyak 6.75% bagi tahun 2014. Ianya lebih tinggi jika dibandingkan pada tahun 2013 iaitu 6.35%. Actually kalau dibandingkan semenjak tahun 2000, dividen tahun 2014 adalah tertinggi.

So bagi yang ada i-Akaun apa lagi check le berapa banyak dividen dapat.

Wednesday, February 4, 2015

Apasal Teruk Sangat Customer Service Celcom

Saya guna postpaid Celcom dah lebih dari 10 tahun then baru-baru ini ada tambah satu lagi subline untuk anak di bawah plan 1+5. So jumlah talian langganan adalah 3 i.e. 1 main line dan 2 subline. Memandangkan saya guna Online Customer Service (OCS), so bill dikeluarkan melalui OCS dan ianya tidak dihantar melalui pos ataupun e-mail.

So memandangkan line yang baru saya tambah tu tak ada detail dalam OCS dan tak ada function untuk tambah, so saya dah buat complain dua kali melalui OCS then call customer service beberapa kali dan juga complain melalui live chat. Yang peliknya dah lebih sebulan tapi masalah tak selesai. Bila saya minta hantar salinan bill melalui email, Celcom kata akan caj saya RM2 extra.

Apa citer pula nak suruh saya bayar extra RM2 untuk tengok bill sebab memang SALAH CELCOM sebab saya tak boleh view bill. Macam mana saya nak bayar bill kalau tak dapat tengok bill. Memang tak masuk akal langsung.

Salah diaorang kita pula yang kena. Dahlah saya guna e-billing, save diaorang daripada kena print bill then hantar melalui pos. Memang buntu betul dengan cara Celcom menangani kes macam ni dan memang tak professional langsung diaorang ni.

Tuesday, February 3, 2015

Memang Sedap Sate di Restoran AK47

Ini kali kedua pergi makan kat Restoran AK47 setelah dapat tahu from eyriqazz. Ianya tidak jauh dari bulatan ke AEON AU2.
Memang restoran ni sempoi aja, yang seronoknya dapat bersila kat sini.
Nak tahu lanjut boleh call nombor-nombor di atas untuk buat tempahan. Ianya terletak di No. 1, Jalan 37/56, Off Jalan Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. 
Yang paling sedap makanan kat sini yang pernah saya rasa ialah sate ayam. Secucuk harganya RM0.90. Memang garing dan kuahnya memang sedap. 
Chicken chop pun boleh tahan, harganya RM11. Memang unik dan presentation memang menarik.