Pages

Sunday, June 7, 2015

Cuba Cafe Jiran di Wangsa Maju Le Pula

Semalam pi makan kat Cafe Jiran yang bertempat di No. 23, Jalan 3/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju. By tje way, boleh call managernya Encik Muhammad di 019-613 0051 untuk keterangan lanjut. Restoran ni tak jauh dari Pasaraya Hero.

Memang ramai yang datang untuk menikmati dinner masa kami sampai kat sini. Kalau tak silap ianya dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 1 pagi. Jom kita tengok menu yang ada kat sini. 
Anyone suka pizza so bolehlah datang sini. Ada pepperono, hawaiian dan macam-macam lagi. Harganya pun menarik serta diaorang akan buat sebaik sahaja kita order termasuk sekali base pizza yang diuli. So ianya fresh dan panas from oven.
Peminat spaghetti tidak akan kecewa dengan beberapa jenis hidangan yang ada kat sini.
Grilled chicken, chicken chop serta roasted chicken ada gak kat sini.
Harga minuman boleh dikatakan berpatutan.
Terlupa nak cakap selain daripada western food, nasi goreng pun ada kat sini.
Ni garlic bread yang panas-panas dan ianya lembut. Itu membuatkan ianya unik jika dibandingkan garlic bread tempat lain.
Spaghetti ni Afiqah cakap memang sedap sangat, macam tak cukup aja. Actually dia minta untuk tambah satu pinggan lagi tapi kami beli pizza instead. Harga chicken bolognese ni RM8.80.  
Ini fish and chips @RM9.50. Not bad rasanya tapi ianya terlebih garing. Kalau kurang garing sikit memang perfect le.
Sama juga dengan chicken cho @RM9.90. Memang dah sedap tapi ayamnya garing sangat dan fries terlebih masak. Apa-apa pun, I don't mind to eat here again.
Pizza ni memang sedap @RM15.40. Memang basenya yang garing dan rasanya yang sedap. Memang panas-panas menjadikan makanan ni lagi sedap.
Semua sekali termasuk dengan air, kami belanjakan sebanyak RM59.47. Rasanya di bawah RM60 ni boleh dikatakan berpatutan dengan makanan masakan barat. So begitulah cerita dinner di Cafe Jiran yang terletak di area Pasaraya Hero, Wangsa Maju.

Saturday, May 30, 2015

Gorpis di Kopi XOXO Bangsar

Tadi pi lunch kat Kopi XOXO yang bertempat di Jalan Riong, Bangsar. 
Memang susah nak cari parking kat sini. Anyway kat sini parking diaorang caj RM5.
Tunjuk resit dulu le sebelum makan. Semua sekali RM104.70. By the way, yang ni tak termasuk dengan aiskrim goreng yang diorder separate.
Ni le yang dicari bubur nasi @RM14.90. Wife ngan anak cakap memang sedap.
Ni le bahan-bahan yang dicampur dalam bubur nasi tu, i.e. kangkung goreng, ikan bilis dan telur masin.
Aiskrim goreng ni pun sodap.
Blended ni memang disyorkan apabila dimakan bersama dengan pisang goreng cheese or gorpis. By the way, so selepas pi kat Kopi XOXO kiranya semua gorpis kami terjah termasuk Damansara dan Platinum Walk.
Ni pula aglio olio chicken. Memang saya suka especially ianya pedas lada kering @RM17.90.
Ni nasi ngan lemon chicken @RM13.90. Ianya sedikit manis tapi overall boleh tahan.
Ni le lemon chicken yang saya maksudkan.
Memang kalau datang kat Kopi XOXO ni tak sah kalau tak order gorpis. Yang ni strawberry @RM8 untuk lapan ketul.
Yang coklat ni pun sama harganya. Anyway Kopi XOXO ni dimiliki oleh Nora Danish ngan partnernya. Ianya diuruskan oleh kakak beliau kalau tak silap. Kekadang Nora Danish ada le kat sini.

Sunday, May 24, 2015

Boat Noodle Publika Sedap Ke?

Tengah hari tadi berkesempatan makan boat noodle di Publika. Boleh tahan ramai betul yang menunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk.
Ni le menu boat noodle. Ada 4 jenis mee iaitu 2 ayam dan 2 daging. Harganya setiap mangkuk adalah RM1.90. Memang saiz tu kecil aja.
Disyorkan seoarang makan 4 mangkuk. Kalau tak cukup order lagi ya.
Ni le kertas untuk kita order.
Kalau nak tambah apa yang kurang sila le ya.
Saya, isteri dan anak pompuan order 13 mangkuk. Anak lelaki makan benda lain.
Ni le rupa mee sampan, ada mee, ada fish ball, kuahnya dan juga sayur-sayuran.
Anak pompuan cakap boleh tahan boat noodle ni. habis le 5 mangkuk, saya pun 5 dan isteri habis 3 mangkuk.
Tak banyak saya makan, sesetengah orang at least 10 mangkuk dimakannya. Tapi apasal le mangkuk tu "sumbing sikit" kalau kat rumah ni memang tak lepas.
Semua sekali dengan air adalah RM51.45. Ingat ya bayar tunai aja.
Bahan-bahan yang digunakan ada sijil halal.