Pages

Thursday, December 17, 2015

Street Art Penang Memang Awesome

Kalau pi Penang jangan lupa lawat dan ambil gambar street art. Memang sangat popular bagi pelawat-pelawat yang datang ke Penang. Kat atas tu adalah antara photo yang menarik boleh dijadikan memori.
Ianya kebanyakan boleh didapati di dinding-dinding bangunan di Armenian Street.
Yang ni adalah "old motorcycle". Memang gambar yang dilukis kat dinding tu di letakkan objek yang betul bagi menampakkan kesan sebenar. So apa lagi posing time. Memang Danish tengah lepak atas motor.
Yang ni adalah yang paling femes bagi street art di Penang, "kids on bicycle". Nak tengok cara ianya dilukis? Ianya dilukis oleh Mr. Zacharevic
Kesian kat adik lelaki ni kena ketuk kat Danish. Tak tahulah mana dua orang beradik ni nak pergi.
Yang ni pula "boy on chair". Kesian kat budak ni nak ambil apa benda ni tak sampai-sampai juga.
Afiqah tolong sikit tapi tak dapat juga.
Ni nak ambil apa pula ni dari bakul atas basikal ni, "children from the window". Lapar ya, kesian, bagi pau satu.
Aik Danish pegang tangan je, bagi le makanan sikit.
Kat kawasan ni juga ada dijual pelbagai souvenir especially kat lorong mural "kids on bicycle". Tengok tu tiga baju je ada, satu lagi Afiqah dah pakai, tak sempat nak ambil gambar.
Ni antara key chains yang dibeli. 
Buku nota pun ada, memang pergi le bergambar ya dengan art street penang apabila melawat di Pulau Pinang.

5 comments:

eelobor said...

memang sgt fofular situ deh? ramai tgk member hok gi sana akan mesti melawat tempat tu. Insya Allah, dalam perancangan ke Penang pulak sbb last sekali 5 tahun lepas.

JMR said...

hari tu pergi tak sempat singgah sini..rugi

Hami Asraff said...

Banyak kali dah pi Penang. Tapi tak berkesempatan lagi singgah sini.

raihanah said...

teringin juga alaminya

raihanah said...

lama sangat dah tak pi penang