Pages

Friday, May 1, 2015

Bagus Juga Menabung di Koperasi di Tempat Kerja

Bagi tahun kewangan 2014, semalam (30 April 2015), koperasi tempat saya bekerja telah mengumumkan dividen sebanyak 6.71%. Not bad juga performance koperasi ni. Bagi saya kalau anything above 5% memang bagus lah.

Macam tempat saya kerja ni koperasi ditubuhkan untuk membantu ahli antara lain bagi memperoleh pinjaman dengan mengenakan keuntungan yang berpatutan. Yang saya suka ianya berlandaskan syariah so tak perlu ragu-ragu dengan simpanan dan pulangan yang kita dapat. Di samping menyediakan kemudahan pinjaman, koperasi ini juga ada aktiviti perniagaan parking kat kawasan pejabat ni so income tu kiranya tak putus-putus le. Ada juga kemudahan takaful untuk kereta dan aktiviti pelancongan. Itulah serba-sedikit mengenai aktiviti yang dijalankan.

Saya sarankan kepada kawan-kawan yang mana kalau ada koperasi kat tempat kerja tu masuklah. Di samping ianya menawarkan dividen, ianya boleh juga jadi sebagai force saving dan kalau kita kesempitan nanti, bolehlah keluarkan duit dalam tabungan koperasi tu.

Apa yang penting kita jadikan amalan menyimpan ni sebagai second nature kita so senanglah sikit masa depan kan.

No comments: