Pages

Tuesday, April 21, 2015

Dah Bagi Minta Balik Duit Lebihan LHDN

Memang seperti yang dijangka setelah dapat duit refund lebihan bayar cukai bagi tahun 2014, LHDN baru sahaja hantar email suruh bayar cukai bagi pendapatan 2013 yang baru dilapor. So jumlah yang kena bayar ialah RM519.82. Nasib baik tak guna semua duit lebihan hari tu.

So kalau gagal buat pembayaran dalam masa 30 hari kena caj tambahan 10% dan kalau gagal dalam masa 60 hari kena tambah lagi 5%.
So since duit tu dah simpan siap-siap untuk bayar pada LHDN so bayar guna maybank2u le lagi senang. So kat "bill payment" tu pilih "make an income tax payment".
Then pilih LHDN-Semenanjung.
Lepas tu masukkan nombor cukai pendapatan. Ingat ya nombor sahaja, yang huruf kat depan tu tak payah masukkan.
Seterusnya pilih bayaran ansuran cukai-individu.
So tahun taksiran pilih 2013 since saya punya pendapatan tahun 2013 yang baru sahaja dilaporkan. Installment number tu tulis 0 aja le. Then masukkan jumlah.
Jangan lupa request TAC.
Lepas tu settle. So begitulah cerita e-filing, dapat refund then bayar kembali.

2 comments:

eelobor said...

tak bayar dalam tempoh tertentu kena caj tambahan. senang kan?

amirah said...

punyala byk collection camni..sikit2 penalti