Pages

Monday, March 31, 2014

Jom Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang

Kalau kita pi pulau mesti nak bersnorkeling. So kesempatan bercuti di Pulau Redang kami bersnorkeling sekali di Taman Laut Pulau Redang.

Kami pergi sana dengan menaiki bot yang mana lebih kurang 30-40 orang semuanya. By the way, pakej ni kami ambil di tempat kami menginap, Sari Pacifica. Kosnya untuk kami RM580 yang mana 6 dewasa dan 4 kanak-kanak. Dewasa RM70 manakala kanak-kanak RM40. My in-law sorang lagi tak pi since jaga 3 kanak-kanak yang masih kecil.

Nak pi sana memakan masa lebih kurang 30 minit dan kena berenang sikit nak ke bot since bpt tak boleh masuk dekat tepi pantai. Jangan risau kalau tak pandai berenang pun OK since kita dah pakai life jacket yang boleh terapungkan badan kita.

Sampai di Taman Laut tu kita diberi sedikit penerangan untuk bersnorkeling. By the way, jangan lupa bawa roti untuk diberi makan kat ikan. My friend cakap kita letak roti dalam genggaman dan biar ikan tu makan tanpa buka genggaman kita. Biar ikan tu gigit tangan kita. Memang lepas tu ikam akan datang banyak-banyak.

Kami bersnorkeling lebih kurang 2 jam dan masa balik, bot tu pun berhenti dalam bukan tepi pantai dan kena berenang sekali lagi ke darat. Tengok le ya gambar beberapa keping untuk tatapan semua.

Friday, March 28, 2014

Memang sedap nasi dagang Terengganu

Nasi dagang memang terkenal di Terengganu. Baru-baru ini masa on the way ke Pulau Redang kami sempat bersarapan di area Kuala Terengganu.

Nasi dagang kat sini memang best jika dibandingkan dengan kat KL. Ikan tongkolnya best ditambah pula dengan kuah yang pekat dan acar yang mengancam. Dimakan pula dengan telur rebus memang perfecto. Sorry tak ingat pula nama kedai tu.

Thursday, March 27, 2014

Jom lepak di Sari Pacifa di Pulau Redang

Sempena cuti sekolah kitaorang pi Pulau Redang bersama extended family members.

Kami menginap di Sari Pacifa. Sampai di Jeti Merang kami menaiki boat yang mana memakan masa lebih kurang 45 minit dan sampai di jeti Pulau Redang, pihak hotel sudah ada untuk angkut bag dan kami menaiki kenderaan untuk ke hotel.

Semua kerja-kerja mengangkat beg dibuat oleh mereka sehingga ke bilik. Senang juga. Anyway nanti sambung lagi.

Friday, March 21, 2014

Cantik Betul Honda City Baharu 2014 (RM75,800-RM90,800)

Semalam Honda Malaysia telah melancarkan City baharu 2014. By the way, dapat tahu melalui blog paultan. Cantik betul Honda City versi 2014 kali ini.
Harganya adalah di antara RM75,800 (City S) dan RM90,800 (City V).
Nak tahu lebih lanjut mengenai City 2014 boleh check kat atas ya.
Tengok aja memang tak tahan.
Gambar dari depan memang cantik juga.
Kat belakang tak kurang hebatnya. Mesti ramai yang terpikat dengan Honda City baharu 2014 ni.
Memang cukup selesa. Kena pi tengok dengan mata sendiri ni.
Tempat letak minuman pun ada kat dalam.
Yang ni untuk model E dan V dengan blue dan white illumination.

So nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat blog paultan ya.

Wednesday, March 19, 2014

Sedap Juga Pepper Lunch di Mid Valley

Hari tu pi Mid Valley jalan-jalan so pi le singgah makan kat food court tingkat 3. Makanan yang dicuba adalah masakan ala-ala Jepun, Pepper Lunch. Sebelum ni Auntie E selalu cakap yang makanan ni sedap sangat.

Menu yang dicuba adalah chicken pepper rice @RM9.90. Sekali cuba memang terasa akan kesedapannya. Hati-hati ya sebab ianya diletak dalam hot plate. Masa kita angkat benda alah tu bunyi berdesir-desir @sizzle. Jagungnya memang fresh dan ayamnya apabila kita tunggu kejap memang jadi garing dan jangan lupa. Ramai juga yang makan pepper lunch ni.
Nak makan memang senang aja, mula-mula kita spread mentega yang berada di bawah jagung tu. Make sure ianya sebati dan lepas tu kita sizzle kannya mengikut selama mana yang kita nak bagi mencapai semasak yang kita nak. Last sekali letak le sos istimewa.

Jangan tergopoh gapah nak makan ya sebab benda alah ni panas. Satu lagi kalau menikmati makanan ni, make sure tak perlu le buka kertas tu takut terkena tangan kita kat hot plate tu ya. 
Sosnya ada 3 jenis, saya ambil dua aja.
Supnya pun sodap especially dengan rasa stok ayam yang digunakan.
Kalau tak nak ayam, boleh cuba daging ataupun salmon. Hmmm, dengar citer daripada Auntie E, daging yang cheese tu sedap sangat sampaikan dia selalu makan menu ni apabila menikmati di Pepper Lunch.
Boleh le tahan ramai orang kat Pepper Lunch ni. Nanti singgah kat Mid Valley boleh cuba lagi Pepper Lunch ni. Selain kat sini, kat Pavillion ada, 1 Utama, Sunway Pyramid pun ada.

Saturday, March 15, 2014

#PrayForMH370 @Mid Valley

Tadi masa pergi ke Mid Valley, ternampak le satu ruangan mengenai Pray For MH370. Kisah kehilangan MH370 mendapat liputan meluas tak kira dari Malaysia dan juga luar negara. Memang ramai yang ingin tahu apakah perkembangan kehilangan ini.

Tadi ada dengar press conference yang diketuai oleh PM. Saya tak nak ulas mengenai apa yang diperkatan. Kita berharap dan berdoa agar pesawat MH370 dapat dijumpai dan anak-anak pesawat dan juga penumpang adalah selamat.
So berbalik pada cerita Pray For MH370 di Mid Valley, my son, Danish apa lagi terus tulis kat kad ucapan tersebut dan gantung kat bahagian yang disediakan.
Inilah kad ucapan yang saya maksudkan.
Inilah apa yang ditulis oleh Danish:

"I hope MH370 will come back to Malaysia".

Memang cukup ringkas dan ramai daripada kita nak pesawat tersebut balik semula ke Malaysia. Sama-sama le kita tunggu dan jangan berputus asa untuk berdoa.

Thursday, March 13, 2014

Dividen bank Rakyat 15% Tahun 2013

Mengikut Harian Metro, Bank Rakyat hari ini mengumumkan dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan 2013 kepada ahli-ahlinya. Dah agak kan, memang every year Bank Rakyat umum 15% dividen.

Boleh juga baca mengenai dividen Bank Rakyat 2013 di Bernama.

Saturday, March 8, 2014

Berita Terkini Kehilangan Peswat MAS MH370 Malaysia-Beijing

Rasanya ramai yang dah tahu mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 (Boeing 777) yang berlepas dari Malaysia ke Beijing pada pukul 12.41 pagi waktu Malaysia. Pesawat MH370 sepatutnya sampai di Beijing pada pukul 6.30 pagi tapi sehingga sekarang ianya masih tidak dapat dipastikan dimanakah peswat MH370 tersebut.

Ianya terputus hubungan pada pukul 2.30 pagi. Dalam peswat tersebut seramai 239 orang termasuk 12 anak kapal. Mengikut MAS, penumpang-penumpang adalah termasuk yang berasal dari China dan Taiwan (154), Malaysia (38), Indonesia (7) dan India (5).

Untuk perkembangan lanjut boleh lihat di website Astro Awani.

Semoga waris-waris dan sesiapa sahaja bersabar dan tunggu pengumuman rasmi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini memandangkan dalam internet ni macam-macam cerita ada yang mana sukar untuk menentukan kesahihan.

Apa-apa pun kita harapkan yang terbaik untuk semua.
Mengikut BBC, sedikit fakta mengenai Boeing 777:
  • Dilancarkan pada bulan Jun 1995
  • Salah satu daripada kapal terbang yang popular bagi penerbangan jarak jauh
  • Selalu digunakan untuk penerbangan tanpa henti sehingga 16 jam atau lebih.
Boeing dalam websitenya ada menyatakan rasa simpati kepada ahli keluarga dan akan memberi bantuan kepada pegawai penyiasat dari segi teknikal kapal terbang.

Tuesday, March 4, 2014

Cantik Betul Pemandangan Dalam Laut di Pulau Mabul

Beberapa hari yang lalu, my in-laws pi Pulau Mabul. Kiranya untuk berehat dan snorkeling.
Memang Pulau Mabul ni salah satu tempat yang menarik bagi mereka yang sukakan snorkeling or scuba diving. Kalau tak silap, mereka bayar lebih kurang RM800 untuk dua malam punya package bagi dua orang.
Kalau Pulau Mabul ni tak boleh nak dipisahkan dengan orang Bajau Laut. 
Tengoklah kanak-kanak di sini memang sudah biasa dengan perahu dan laut. Kalau tak silap seawal usia dua tahun dah pandai bersampan.
Jom kita tengok apa yang ada disini. Jom snorkeling.
Memang seronok betul.
Ni le tapak sulaiman. Baru tahu yang ada juga jenis macam ni.
Ni pula bahagian bawah.
Memang tidak terkata dengan keindahan hidupan dalam laut di Pulau Mabul.
Entah apa benda le namanya hidupan ini.
Memang kalau dapat pergi sure seronok. Sebelum ni pernah juga lihat kat Langkawi @Underwater World.
Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kena alami senditi baru tahu.
Pelbagai jenis hidupan dan juga warna.
Sungguh indah dan tenang.
Sekali pergi tak puas.
Lain kali boleh singgah lagi.
Itulah keistimewaan Pulau Mabul.
Oklah cukuplah untuk kali ini.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan.