Pages

Thursday, January 2, 2014

Peti Sejuk Jenama Apa Yang Bagus

Sekarang ni tengah cari peti sejuk untuk menggantikan yang sekarang. Apa yang saya cari ialah yang bersaiz lebih kurang 300 liter dan of course yang boleh tahan lama. Peti sejuk ni memang sesuatu barang yang menjadi kemestian dalam keadaan sekarang ni.

Tengok juga dekat internet ada banyak pandangan i.e. ada yang satu jenis ni tak sampai 3 tahun dah rosak especially yang 2 pintu yang mana kat bawah tu dah tak sejuk.

Since kita nak guna peti sejuk ni untuk jangka masa panjang, baik cari betul-betul kan.

8 comments:

amirah said...

taktau nak advise camne..peti ais rumah kami baru nk masuk 5 thn..tp alhamdulillah setakat ni masih ok

zuar said...

kena cari yang jimat tenaga mcm LG. sbb letrik dh naik. so kena berjimat:-D. LG ok jgk depends mcm mana guna rosak atau tak

Unknown said...

peti sejuk saya dah 16 tahun tak pernah langsung rosak malah ON 24 jam. jemu dah. Panasonic.

Mak lagenda said...

Hurmm..mak pun sdg mencari2 peti sejuk ke 2. Nak yg 300ltr jugak but x sure mana 1 pilihan yg terbaik.

Yg lama kat umah 1 lg tu rasanya jenama penasonic gak.dah berusia 12 thn. X rosak, masih baik prestasinya cuma mak perlukan 1 lg peti ais di rumah baru.

:)

khairul izhar said...

td pun baru g survey, brand SHARP pun ok gak.. 5 star electric saving.. dah berkenan dgn Side by Side Door 750 liter... harga pun berpatutan..

Anonymous said...

Samala masih survey mn yg terbaik

afya said...

Bagus dari apa... Bergantung kepada keperluan dan kemampuan. Keberkesanannya kepada penggunanya... Mungkin sukar utk nk dapat keseluruhannya. Aspek saiz, elektriksiti, aksesori, harganya... Mesti ambil kira... Cara penggunaan juga mesti ambil kira... Secara asas saya perhatikan semua jenama terkemuka adalah baik.. Kalau produk mereka tak baik tentu mereka tidak jual.. Pilih peti sejuk begantung kepada keperluan dan bajet yg ada. Tak semestinya yg mahal adalah paling sesuai dgn kita...

Kak Ram said...

brand jenis apa yang tahan hanya 3 tahun tu... kongsi kan dengan akak... sebab sekarang ni pun akak tengah survey peti ais.. pening kepala nak beli yang mana satu.