Pages

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014: BR1M diperluas kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3,000-RM4,000

"Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit."
"Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit."
"Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah."

Komen:
  • Secara keseluruhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dinaikkan iaitu:
    • Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah: RM500 naik kepada RM650
    • Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas: RM250 naik kepada RM300
  • Isi rumah berpendapatan RM3,000-RM4,000: pemberian sebanyak RM450
  • Duit siapa tak nak kan? Memang bagus tapi Kerajaan kena cari cara terbaik untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Maybe BR1M ini bukannya cara penyelesaian yang menyeluruh

2 comments:

Sya Isya said...

Sya dapat BB1M lagi. hehe..

Mak lagenda said...

Hurmmm..umpannya kecik je tp nnt habuannya dpt besooo!