Pages

Tuesday, May 14, 2013

Drama TvOnline Penipu?

Pernah tak dengar mengenai laman web Drama TvOnline? Ianya sebuah laman sesawang yang membolehlah kita menonton drama kegemaran. Maca-macam jenis cerita boleh ditonton.

Anyway saya difahamkan oleh seorang rakan saya yang mana saya namakannya sebagai Auntie L. Dia telah menempah DVD drama Adam dan Hawa melalui facebook Drama TvOnline dengan bayaran sebanyak RM55 yang dimasukkan dalam akaun bank.

Ianya berlaku pada bulan April lepas. Kemudian Auntie L ada tanya melalui facebook then pelbagai alasan diberi, i.e. akan mula dihantar pada awal Mei, then masalah penghantaran disebabkan oleh pilihan raya dan seterusnya senyap aja. Dah hampir 3 minggu perkara ini berlaku then sampai sekarang DVD tersebut masih belum diterima.

Kesian juga mengenangkan nasib Auntie L. Melalui internet bila saya buat search, ada juga orang yang menerima nasib yang sama. Itulah salah satu risiko apabila berurusan melalui internet. Tak sangka ada juga orang macam ni.

Just imagine kalau sorang dapat RM55 then kalau 10 orang, senang-senang dapat RM550. Maybe ramai yang buat tak kisah aja memandangkan wang tersebut tak begitu banyak kan, then malas nak buat report. Apa-apa pun kepada Drama TvOnline better fix it before jadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Kalau ingin berniaga lebih lama, perlu jujur.

Apa pandangan kawan-kawan semua mengenai situasi yang menimpa Auntie L?

5 comments:

Unknown said...

Nasihat kepada Auntie L cuma download free di internet je... hehehee

✿INA AINAA✿ said...

better report polis.. kesiannyaa siapa yang kena tipu tu... aishhhh memang makan duit tak halal

Myvitrd said...

macam tu pun ada juga ye.. yang dia jual dalam bentuk DVD tu kira cetak rompak ke bro? buat niaya je sapa yang kena tipu tu

Hazmin said...

Teruk dah tu. Kesian auntie L.. Kena ajar dia cara untuk download lepas ni.

amirah said...

kesian auntie tu...