Pages

Saturday, March 30, 2013

Seronok Betul Anak-Anak Pi Kidzania

Sebelum ni saya ada tulis entri mengenai Apa Itu Kidzania? Sekarang ni jom kita terjah apa kanak-kanak boleh buat di Kidzania ya.
Bila dapat cek, boleh tunaikan terus kat bank ya tapi macam saya cakap kalau ramai sangat kat bank tak perlu le buang masa beratur kat situ, pi main terus then buka akaun later ya.
Hmmmm, bila dah buka akaun kat bank, dapatlah kad ATM, nanti bolehlah check kat ATM baki or boleh keluarkan kidzos, mata wang di Kidzania.
Ni le kidzos yang saya maksudkan. ada Z1, Z5, Z10 dan Z20. Hmmmm, Z50 or Z100 tak sure pula sebab tak pernah dapat. 
Mana nak pi ni, macam-macam tempat ada, pilihlah mana satu yang sesuai ya, mengikut kecenderungan anak-anak.
Inilah salah satu kerjaya yang diminati oleh anak-anak. Memang ramai betul yang beratur. Nasib baik tempat ni yang pertama kitaorang terjah.
Anyway kat setiap pintu kerjaya tu ada ditampal bendalah ni. Kiranya maklumat mengenai pekerjaan tersebut. Sebagai contoh pilot, maksimum kanak-kanak boleh sertai dalam satu masa adalah 10 orang. Masa yang dianggarkan untuk menyiapkan aktiviti tersebut adalah 15 minit. Make sure anak-anak berumur 4 tahun ke atas ya. Dan gaji yang dibayar adalah Z15, tengok baik-baik ya, ada tanda + depan Z15 tu maknanya gaji dibayar. Kalau yang - maknanya kita kena bayar untuk sertai aktiviti tu.

Satu lagi kat tanda ni ada citer apakah bentuk aktiviti yang akan dilakukan.


Macamni pula adalah aktiviti untuk membuat vitagen. Tengok tu yang ni kita kena bayar, i.e. -Z6.
Ooooo baru tahu begitu rupanya orang buat vitagen, memang nampak mudah kan.
Selepas melakukan aktiviti ni, kanak-kanak akan diberi vitagen yang mereka buat sendiri.
Ni pun aktiviti yang ramai sangat orang nak masuk. Apa lagi kalau tak bomba. Memang beratur ramai sangat. Yang seronok dapat naik kereta bomba yang akan mengelilingi tempat dan sampai kat satu tempat tu diaorang akan berhenti dan memadamkan api. Memang seronok sebab dapat pakai uniform bomba kan?
Hmmm, nak buat coklat ya. Hantam ajalah.
Dah banyak kidzos dapat so bolehlah pi bank lagi ya untuk deposit wang. Memang bijak juga pengurusan Kidzania ni, apabila kanak-kanak simpan kidzos kat sini so tak perlulah mereka print banyak kidzos. So duit tu akan direcyle le lebih kurang.

Tapi jangan risau, bila next time datang lagi sini, boleh keluarkan duit melalui ATM. My friend cakap diaorang dan anak-anak dah masuk 3 kali ke Kidzania. Memang kalau satu sesi tak sempat nak cuba semua pekerjaan, banyak sangat.

Kalau tak silap lebih 90 aktiviti ada kat sini. Nak jadi peguam ke, ahli silap mata ke, DJ ke, penghantar surat ke or macam-macam le.
Ni jadi engineer kat Telekom pula, anybody suka broadband?
Ni penghantar duit pula, kena dapatkan wang from beberapa tempat dan lepas tu dapat upah.
Kilang pembotolan air pun ada.
Bila jadi DJ diaorang akan bagi sekeping CD yang merekodkan perbualan anak-anak di dalam studio Hot.FM. Oppppssss, bukan hot.fm ya tapi hitz.fm.
Afiqah dan Danish ambil peluang juga untuk jadi polis tapi tak sempat nak ambil gambar Danish sebab tak sempat nak kejar.

Secara keseluruhan saya boleh katakan anak-anak memang enjoy datang sini. Kalau ada kesempatan kami akan mengunjungi lagi Kidzania ni.

Anyway kalau nak tahu mengenai Kidzania boleh baca kat "Tips dan Panduan untuk Melawat Kidzania".

2 comments:

Mak Lagenda said...

Eh eh..Tq nik sbb berkongsi link dlm n3 ni.

Apapun, mmg berbaloi kan bawak anak anak ke sini.

titan said...

wah..untuk bapak-bapak takde ka?