Pages

Tuesday, January 15, 2013

Nasi Kerabu Best @ Yati Ayam Percik di Kajang

Anda peminat nasi kerabu? Apa kata kalau cuba pi terjah di Yati Ayam Percik. Kat Kelantan memang glamour restoran ni, kini ianya dibuka di Kajang dan juga Bangi.
Inilah nasi kerabu yang sangat terkenal di Yati Ayam Percik. Harganya RM2.00, memang berpatutan. Sambalnya dan juga kerabu plus kelapa goreng memang superb, rasanya just perfect. Rugi kalau tak cuba. Yang ni saya bagi rating 8.7 out of 10.
Ayam percik dan itik percik ada. Siapa suka itik?
Pelbagai jenis kuih-muih ada di sini dengan harga yang boleh tahan.
Inilah ayam percik yang menjadi rebutan pengunjung di sini. Ayam percik yang sangat lemak dan ayamnya yang lembut dan dimasak dengan sempurna.  Ada juga kuah yang berwarna putih yakni tak pedas. Yang ni saya tak teragak-agak untuk bagi rating 9.1 out of 10. Anyway seketul harganya RM4.00.
Ikan keli percik pun ada tapi saya tak berapa suka sangat ngan ikan keli ni. Yalah makanan yang lembik dan tak garing. Tapi apa kata saya bagi rating 8.1 out of 10.
Afiqah mula-mula ambil nasi separuh tapi tak cukup then tambah lagi. Oppppsss, tak suka kuah le Afiqah ni.
Bubur pun ada tapi cari bubur jagung tak ada pula kat sini. Maybe kena cari tempat lain.
Pulut berinti harganya RM1.00. Boleh tahan juga rasanya tetapi pulutnya tak lemak.
Ni le alamat Ayam Percik Yati @Kajang di Prima Saujana. Boleh telefon 03-8733 4535 untuk mengetahui lebih lanjut.
Tak tahu jalan boleh tengok sini, ianya dekat aja ngan stesen minyak Petronas dan tak jauh ngan Giant. Ianya dibuka seawal kul 11 pagi hingga 11 malam tapi waktu solat Jumaat tutup le ya.
Semua sekali RM19.20.

6 comments:

amirah said...

sedapnyaaa...makanan org kelate pun best2 belaka...

HeNRieTTa JoSe said...

Looks yummy to me....murahnye rm2.00 jerr....kat cni RM3.50....

hazman aka species1980 said...

kalau cawangan kat kajang tu dah dekat sangat umah parent saya tue...

Miss Zu said...

terliur tgk time2 camni.. nanti free dtg la ke blog ini

http://misszucollection.blogspot.com

✿INA AINAA✿ said...

murahnyaaaa... memang sgt klas tmpt jual nasi kerabu ni.. hope one day boleh la jejak kaki kat sini.... lapau! T.T

HaiDa HiDa said...

sedapnyaaa... dah lama tak makan kt Yati Nasi Kerabu ni.. rasanya last makan kat sini 5 tahun lepas... tiba2 teringin nak makan nasi kerabu...