Pages

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: Rebat RM200 Beli Telefon Pintar

Update: RM200 Rebat untuk Smartphone di Bawah RM500 Bermula 1 Januari 2013
 Nak cerita sikit mengenai Bajet 2013 mengenai rebat bagi pembelian telefon pintar oleh belia. Ni le extract from Bajet 2013:

"Sebahagian besar daripada 22% rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh Kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Sebanyak RM300 juta telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia."

Memang satu inisiatif yang ditunggu-tunggu oleh belia bagi memiliki telefon pintar ni. Sekarang ni pun harga telefon pintar dah murah. Maka ramailah lagi belia-belia akan beli smartphone dan hopefully mereka akan menggunakan telefon ini bagi perkara-perkara berfaedah.

Apa pandangan semua mengenai pemberian rebat kepada belia bagi membeli smartphone. Adakah ianya benar-benar perlu ataupun duit sebanyak RM300 juta tu patut digunakan untuk perkara-perkara yang lebih diperlukan?


18 comments:

Unknown said...

hi, nice info today, jom check on my blog too :- http://mysweetielovely.blogspot.com/

Cikgu Dahlia said...

kalo diikutkan, memang belia skrg ni pun dah mampu nak beli telefon pintar. Boleh tengok sendiri kiri kanan kita, pengguna BB, Iphone, Ipad, Android mostly adalah belia 21-30 sbb peringkat umur macam ni, memang suka gadget2 ni..

dari apa yang saya faham, Pakej Khas... so, mugnkinkah akan ada pakej telefon beserta pelan penggunaan. Wallahualam. Sama-sama kita tunggu hebahan rasmi daripada SKMM nanti..

bila fikir2 balik, better 300m tu diberikan untuk anak2 yatim @ sekolah2 pondok yg dah uzur ke..

just my 2cents ... masih ttp bersyukur dgn pemberian lain :D

Anonymous said...

Rasa macam tak berfaedah je rwbat ni...ap motif..? Untuk semua belia 21 hingga 30...bab ptptn tu doa pilih yang layak plak...huhu....umpan......

hazman aka species1980 said...

rebet smartphone tak bantu sangat rasanya better kasi rebet atau diskaun untuk data plan...longterm kedai tepon dan telco gak yang untung besar

nur said...

YANG TERLIBAT MESTILA SOKONG DAN GEMBIRA..
YAG TAK DPAT MELOPONG JE LA KAN.. HUHU..

taktik PRU KOT..
BAJET 2013: YEAY DAPAT rm250

Unknown said...

xpn dijadikan biasiswa ke utk samb belajar.. harapkan ptptn...adesss jenuh nk byr blk...

Nur Fauzi said...

orang dah bagi, siapa yang layak boleh ambik.

tapi rasanya macam ada yang tak kena. ada benda lain yang perlu diutamakan sebelum smartphone tu...

rasa lebih berbaloi jika disalurkan ke arah pendidikan sekolah / pengajian tinggi

and rm250 for undergraduates, i prefer they give it cash instead of voucher..

Adziim said...

Rasa macam tak patut. Mungkin boleh rebate untuk komputer peribadi, boleh buat lebih banyak perkara berbanding smartphone.

syarih said...

seronok lah mereka yang layak untuk dapat diskaun tu...

Anonymous said...

sekurang2nya belia esp pelajar x bazirkan duit ptptn utk beli smartphone...kalau x bagi pun mrk tetap beli, dh jd mcm nyawa..kerajaan mesti dh sediakan utk yg lebih penting mcm pendidikan, anak yatim dsb...yg ni kira bonus utk belia yg biasanya dilupakan pasal peruntukan2 sebegini (yg selalunya hny utk org miskin, warga emas, oku, anak yatim, ibu tunggal)...jd bersyukurlah...jgn fikir negatif...terima lah sbg rezeki dr Allah sbb kalau Allah x izinkan, jgn haraplah kerajaan terfikir utk buat semua ini...segalanya ditentukan oleh DIA ;)
~Ann Rahim~

Anonymous said...

bg sy lah,bg anak2 yatim 2,setiap bulan krajaan dh salurkan2 bajet2 utk dia org, utk skolah pondok yang berdaftar pn same juga. Krajaan sdiakan bajet rm300 utk smartphone, jgn bimbang tak semua belia bawah 30 tahun akan beli smartphon.

Anonymous said...

Salam, saya ara, sbenarnye x phm sgt ngan rebate phone ni...mknanye, kite kena beli smartphone baru la baru dapat rebate ni? -help me..

Sharinginfoz said...

Beli smartphone br dapatlah diskaun 200 tapi kena langgan jalur lebar

intan said...

salam ..tahu tak dekat mana kita boleh dapatkan telefon pintar rebat 200 ni?siapa pengedar-pengedarnya?

Anonymous said...

dah kerajaan bg byk bnyi lak..kira ptt brsyukur n berterima ksh pd kerajaan..pa yg di beri x pyh la dk pndai komen pa klo x maw x pyh ambk..adessss

aziera_perfectgurlz said...

xbg pom salah ..bg pom salah..manusia xpnah bersyukur!..ish xpham la manusia nih.....

Anonymous said...

Kerajaan bg sbb nak tolong yang mane x mampu untuk beli smartphone. Sape kata x bergune. Boleh jimat byk in term of sms and sometimes call. Plus kita leh access data bile2 and up-to-date ngan email kita about work, meeting, semua. Org yg ckp smartphone x gune sbb balik2 facebook. Itu jelah yg pandai. Mcm sy x layan benda tu sgt. Prefer to surf internet and find useful things. If xnak ambik sudahlah. Bile ada byk extra from that taulah kat mane nak salur duit tu. X pyh nak bising2. Org x suro bli iphone 5 pon or yg mahal2. At least dpt kurangkan setgh from harga hp like samsung galaxy y tu. Org miskin pon nak pakai gak. I know coz i mix with those kind of people too. Taulah korng yg lain kaya. Dh kaya x pyh amik. Bg org yg betul2 susah amik.

Anonymous said...

dekat mana ambil smartfon ni macam mana boleh ambil 200 rebat itu