Pages

Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Pesara Terima Kenaikan Pencen Bulanan

Walaupun Bajet 2013 telah diumumkan hari Jumaat yang lepas, ramai yang masih membicarakan mengenai impak bajet ke atas rakyat. Yang ni ialah mengenai kenaikan pencen yang bakal diterima oleh pesara Kerajaan. Secara mudahnya, bayaran pencen minima bulanan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820. Yang seronoknya ianya bermula 1 Januari 2012. So adalah tunggakan, kalau ianya dibayar pada bulan Oktober nanti, maknanya tunggakan yang bakal diterima adalah RM1,000 (RM100 X 10).

Jom kita tengok apa yang telah dibentangkan mengenai pencen pesara Kerajaan di dalam Bajet 2013:

"Kerajaan tidak lupa akan jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyelaras semula pencen pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012. Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun."

Memang sangat-sangat bagus kerana ianya melibatkan pesara yang menerima pencen minima RM720. Memang besar juga nilai RM100 sebulan diberikan kepada pesara. Dengan kenaikan ini diharap kehidupan pesara bertambah baik. Maybe pada masa akan datang, ianya perlu disemak selaras dengan kenaikan kos hidup. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan kerana mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pesara.

16 comments:

NUR said...

Kalau pesara tu dapat rm1000 tak dapatla kan kenaikan ni?(nak clarify ni)

Sharinginfoz said...

nur: rasanya untuk pesara yang menerima pencen minima aja, so yang dapat lebih daripada RM720 tu rasanya pencen mereka tidak dinaikkan, apa-apa pun kena tunggu maklumat lanjut daripada Kerajaan

nur said...

ok.. tq info ni.. a a.. kalau nak bagi semua banyak pulak nanti duit kerajaan nak kena guna..

Najwa Farhana said...

Alhamdulillah, seronok dengar rezeki terpijak para pesara-pesara terbabit..

Myvitrd said...

rezeki untuk pesara bro..

sairazura said...

pencen min rm720 nih adalah utk pesara yg telah berkhidmat lebih 25 thn. kalo ikut pd perkiraan asal, pencen sebenar adalah lebih rendah dr 720. disebabkan perkhidmatannya melebihi 25thn, kerajaan bermurah hati memberi pencen sebulan 720. dlm bajet 2013, pencen minimum tersebut telah dinaikkan kpd 820

sairazura said...

pesara yg dpt pencen sebulan kurang atau lbh 720, tak terlibat dlm kenaikan ini..

Puan Nor said...

pesara yang kurang berkhidmat 25 tahun dan pencen kurang 720 hendaknya diselaraskan jugalah itu baru mensejahterakan rakyat.sebab kami yg kurang tahun berkhidmat kerana lambat dapat kerja kerajaan atau pun kena sara awal disebabkan kesihatan atau nak uruskan keluarga dan sebagainya.minta dipertimbangkanlah.tk

sairazura said...

perkiraan pencen bulanan adalah berdasarkan jum tempoh perkhidmatan dan gaji akhir penjawat awam. ianya tertakluk dlm Undang2 pencen 1980. agak tidak adil jika pencen tidak mengira tempoh perkhidmatannya..maksudnya, kalo masuk keja lmbt, tp gaji besar..dan bersara awal , so pencen dia akan dinaikkan juga? sepatutnya, dilihat semula pencen yang terpaksa diterima oleh penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan. di mana mereka mahu bekerja, tp atas faktor2 kesihatan cth lumpuh akibat dilanggar kenderaan semasa bertugas dll mereka terpaksa dibersarakan dan menikmati pencen yg rendah mengikut tempoh perkhidmatan yang ada shj..

Anonymous said...

kenaikan pencen pesara utk thn depan tak da la kan pencen pun kurang rm500,sebab dulu berkhidmat tak pai 25 thn sal di kasi pencen awal,dari kerajaan di pindah jadi swasta..jadi pencen bln2 tak la pai rm500,harap2 la ada kenaikan pencen untuk pesara gaji bawah rm500..tk

sairazura said...

mulai tahun depan, pesara, penerima pencen akan menerima kenaikan pencen setiap tahun iaitu 2% dr jumlah pencen sekarang. walaupon jumlah nampak sikit, tp ianya akan berganda2..kan ada pepatah..sikit2 lama2 jadi bukit..

Anonymous said...

bgus pepatah ni..sikit2 lama2 jadi bukit..
tp klu pesara terima pencen rm380 sbulan lambat la nk ada bkitnye.. knp xselaraskan kpd semua pesara bwah 25tahun berkhidmat.. bkn ape harga brang da lah mahal pastu dpt pencen sikit.. mcm mn nk idup.. krajaan bg br1m rm500 kira membantu jugak la tp dapatnye sekali..

Anonymous said...

Setuju selaraskan pencen termasuk pencen bwh 25 thun..kalau berckap mmg la sng klau hidup dah sng..klau org susah mcm kami ni sape nk tahu kalau kenikan 10ringgit setahun..nk tggu jadi bukit dah mati kite agaknye.

Anonymous said...

betul tu..ayah saya keja tnb..dlu lln..jadi tak sampai 25 tahun keja dah diswastakan..so pencen yang diterima cuma rm280 ja..sepatutnya kerajaan naikkan la sekurang2nya rm500sebulan, mcmna nak hidup kalo rm280 sebulan dgn kos hdp makin tggi sekrang ni.

Anonymous said...

Mcm tnb n telekom mmg telah diswastakan dan ramai yg x smpt menikmati umur persaraan sehingga 25 tahun disebabkn penswastaan ini.namun harus diigt bahawa slps diswastakan mereka telah mencarum kpd epf.jd secara x langsung mereka ini dpt pencen + duit epf lumpsum.dan ada juga yg menepati syarat semasa penswastaan tnb atau telekom mereka juga dapat gaji dan dlm masa yg sama dapat juha duit pencen...

Anonymous said...

820 tű dah dbuat ke... Apasal pakcik n bp mentua aku masi 6xx.. X perubahan pun... Walhal mmg lebih 25 thn berkhidmat... Bonus tű hari pun.. Mmg pesara x terima januári ke?