Pages

Thursday, November 24, 2011

Sedap Gak Kek Lapis Sarawak @Prima Sri Gombak

Hari tu masa jalan-jalan kat area Sri Gombak so terjumpa le ngan satu kedai yang menjual kek lapis Sarawak @Prima Kek Lapis. Nampak memang menarik, banyak kek yang dijual. Harga untuk satu kek lapis yang dah dipotong panjang ialah lebih kurang RM29 (bergantung kepada jenis).

So memandangkan tak sure mengenai rasa so beli le dua keping yang kecil yang dah dimasukkan di dalam plastik. So jenis yang dibeli ialah masam manis dan tembikai @RM3 setiap satu.

Samapi di rumah terus cuba, memang sedap betul. Maybe next time bila pi kat sana @Jalan Prima SG 3, Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, beli yang panjang pula.

Inilah antara kek yang ada di sana, puteri santubung, evergreen, roll mesra dan tikar mengkuang.

Tapi according to penjual, yang selalu orang beli ialah blueberry cheese, cheese chocolate dan chocolate cadbury.

8 comments:

ejaMaria said...

kedai ni yg share lot dgn kedai dobi tu ke?... hari tu nak beli masa hantar dryclean baju... tp takde org yg jaga... comfirm sedap ye?... bole la pegi beli lepas ni... ;p

Myvitrd said...

Kek lapis sarawak memang sedap bro.. tapi lepas isu mentega tak halal tu.. aku dah kurang makan dah kek ni.. kalau nak makan kek lapis pon minta org kg. buatkan.

Fiza Rahman said...

Sedapnya, tak pernah beli kek lapis sarawak nih.

jom baca:

Burger Kukus Jalan Rejang @ Bangi

8 Jenis Penyakit yang Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki…

JR said...

Memang sedap, pernah try banyak kali..

Entri terbaru di blog JR:

"Tips Hapus Bayaran Saman Trafik Dari Rekod Polis"

Ardini Humaira said...

kek lapis sarawak memang terbaik... dni tak sabo nak p duk sarawak ni hehehe

abigemok said...

kek lapis sarawak mmg sedap. pernah makan beberapa kali. org sarawak kata, kek lapis tu kalau yg kualiti tinggi, harga pun boleh sampai ratus. aku x pasti betul ke x.

velasrizal said...

semua nmpk sedap.. blom beli dh tau sedap

Sharinginfoz said...

ejamaria: memang itulah kedainya, for me memang sedap kek kat situ, kalau nak tahu just beli yang dalam bekas dulu

myvitrd: yang ni jangan risau, dia tulis kat situ guna mentega yang halal