Pages

Friday, March 11, 2011

Skandal Cinta ! Suami dan Isteri Orang

Nak share mengenai article dalam majalah Harmoni keluaran Februari 2011.

"Statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2004 menunjukkan 3/4 kes penceraian di Malaysia berlaku akibat orang ketiga dan 80% daripada orang ketiga itu adalah rakan sekerja."

Memang teruk juga kan dan ianya bukan perkara baru. Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, ianya salah kedua-dua pihak. Salah satu sebab suka berkongsi masalah rumahtangga dengan orang lain terutamanya dengan orang yang berlainan jantina, sangat bahaya, mula-mula just mendengar masalah, lepas tu jatuh hati pula.

"Ada lelaki sengaja buru isteri orang". Ini pun masalah besar juga. "Selain lebih menyeronokkan, mereka juga tidak perlu bertanggungjawab seandainya kekasih hati didapati hamil hasil hubungan gelap mereka kerana kedudukannya isteri orang."

Apa pandangan semua mengenai skandal cinta, suami dan isteri orang? Maybe boleh share kisah-kisah atau pengalaman di pejabat dari segi pemerhatian.

31 comments:

faiz said...

mungkin mereka ni selalu berjumpe dan lama-kelamaan mulala jatuh cinta...

Unknown said...

iskh...nauzubillah... setia la pada yg satu

MulutPayau said...

betul tu..tepuk sebelah tngan tak akan berbunyi..tak ingat dosa dan hnya pentingkan kseronokan dunia.....
Skndal ni smkin mnjadi2..seakan satu trend baru pulak...laman sosial (FB) juga dikatakan punca..Ada juga kwan yg 'trjumpa' kekasih lama kat Fb dn mula mnjalin cinta smula walaupun dah brkahwin..

AmirFX said...

Mungkin nawaitu yang salah kot semasa nak kahwin..

Unknown said...

takut sgt kalau perkara mcm ni terjadi kt keluarga sendiri. harap2 dijauhkan..

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

sgt tak patut ikut hati dan perasaan. byk hati akan terluka ;)

miss nina said...

masalah rumahtangga hal peribadi.
carilah org terdekat seperti ahli keluarga /mak ayah masing2

tak perlu buka kisah rumahtangga pada kawan2.

Relevan said...

Punca keretakan rumahtangga bermula..

Unknown said...

isk..isk..semoga kita dijauhkan dgn sume ini kan,
ENCIK SOTONG YANG SEGAK

velasrizal said...

klo laki bujang kene buru dgn pmpn kawen pn bahaya gak..kene lari jauh2..

kiwi said...

byk kot jmpe kes yg mcm ni..huhu..

yanamib said...

xpernah alami dan lihat situasi mcm ni so far..tp pernah dgr dari kwn² and sedara²...agak pelik knp mesti ada skandal kt opis..klu dh ada ank tu lagi la mcm xde rs berslh ke dgn ank?? =_=

sahromnasrudin said...

mak aiii..ini kes cinta pejabat la nie kan huhuuhhuuh

sib bek opis sy semua org dah 40-an keatas huhuhuhhh

Zura Tahir said...

ya allah...takutnye...jauhkanlah dr skandal cm nie...

eelobor said...

mungkin juga kekasih lama yang bertemu kembali....

zati embong said...

jat sokong!dua2 jat sokong.sebabnya kat ofis jat ade jadi kes2 2.

JMR said...

komplikated kes gini bro..pendek kata, kalo tak bertepuk sblh tgn, takkan berbunyi lah..hehehe

toyolkiut said...

mmg bnyk blaku kes2 mcm ni..
sbg isteri, patut di ingat 24j status ia yg ada suami..
knapa nk buat menda2 tlarang dngn orang lain pulak??
tp tu la.. kalau cakap kn ia kata kita apa tau..

Fiza Rahman said...

Tak faham lah dgn org yg mcm nih, dah tau status masing² tapi masih nak menjalinkan hubungan lagi...hhmmm..

amirah said...

ish..bahaya..nauzubillah

Lagenda said...

Menggelak lbh baik kan? NO FB, NO CHATTING, NO LUAH2 PERASAAN..

Alimaz-Kembara Terasing said...

manusia mengong ja buat macam tu...

Anonymous said...

huhhh...gila nie. mcam mana nak bina keluarga sakinah kalau mcam nie keadaaannya.

ardinihumaira said...

sepatutnya kalo dah rasa ada perasaan kat orang lain kena jauhkan diri supaya dapat mengelakkan kecurangan tu berlaku, kan :)

Nur Fannun said...

tu puncanya cerita ketidakpuasan hati dngn isteri/suami pd rakan skrja yg berlawanan jantina..

godaan org yg berkahwin lagi kuat dari yg belum kahwin..

Anonymous said...

ow,ya,kat tempat kerja aku pun ada gak.perempuannya tudung litup,baju kurung,tapi boleh melayan suami orang,suami kawan baiknya sendiri pulak tu.teruk kan.pastu kantoi,dah bergaduh sesama sendiri,dgn boyfriend dia gaduh,dgn isteri(kwn baiknya) dah putus kawan.tak fikir ke?dah la begaduh dgn boyfriend dia,pastu pergi mengadu dgn abg kandungnya cakap boyfriendnya cakap kasar dgn dia,tak fikir ke?tak ke mengamuk mamat tu kalau dah tahu kau curang.jadah punya permpuan.mcm tak de maruah!!!!

Anonymous said...

sy juga ada pengalaman begitu...dan saya akui sy mmg salah...pergi lah mahkamah mana pun, mmg salah saya..ini ceritanya..sy telah berkenalan dgn suami org ini dlm fb sudah 1 tahun lalu..selalu chat dengannya.. dia sering dgr masalah sy dan memberikan kata dorongan yg begitu baik sekali..dalam masa yg sama satu suka padanya...astagfirullahalazim... mmg tidak patut..dia org indonesia dan beragama islam. setakat ini, kami tidak pernah berjumpa..dlm masa yg sama juga sy turut mengenali isterinya..mungkin isterinya tidak tahu status hubungan kami..semakin lama semakin sayang, ntahlah... suami sy berniaga sendiri, selalu tiada di rumah, sentiasa sibuk..sy hanya dapat menatap wajah suami sy hanya 3-4 jam aje satu hari..jiwa saya kesunyian..kebetulan pula berkawan dengan suami orang itu...hati makin terubat.. tp,apabila isterinya jujur mahu bekawan dengan saya, hati sy rasa amat bersalah pada isterinya..terasa malu sangat..memang saya bersalah... terus saya putuskan hubungan dengan suami orang itu... walaupun lelaki itu beria2 mahu jadikan satu isterinya yg kedua..tp tak taulah bile sebb sy ni kan isteri org... apabila difikirkan secara ilmiah dan logik, mmg betul keputusan yang dibuat oleh sy...sy tidak mahu menanggung lebih byk dosa terutama pada suami sy, isterinya dan anak-anak..alhamdulillah allah masih menyayangi saya..semoga allah ampunkan dosa saya....insyallah.... harapnya cerita sy ini bukan untuk dicerca, tp menjadi iktibar pada semua...

Anonymous said...

adoi...ini pernah aku dengar

Anonymous said...

saya pun nak share jgk ni..sy tlh berkahwin dan mempunyai ank sorg.skrg ni sy mmg ada skandal tp skandal sy hy waktu pejabat. skandal sy pun dh kawen n ade 2 org anak.sy di negeri lain dan skandal sy di negeri lain. skandal sy tu my x-boifren.niat sy berskandal dgn dia adalah utk mencari kesoronokkan bekerja waktu ofis hour.so after office hour kami mmg stop krn kami menghormati psgan msg2.kami tak pernah cerita mslh rumahtangga msg2 sebab msg2 takde mslh rumahtangga.msg2 bahagia dgn kehidupan msg2.so kami mmg takkan berjumpa hanya bercinta melalui BBM (sebab free) heheheh. so apakah pandangan korg ttg skandal sy ni?

Nazuha said...

Kakak sy sndiri mngsa dlm trend ini. Isteri mana y x hancur bila tau suami ada orng lain,lagi2 isteri orang. Mereka rakan sekerja. Abg ipar sy nmpk baik+alim kat luaran, perempuan itu lak brtudung litup. Kakak sy cuba utk pulihkan hub, minta suami perempuan itu nasihat isterinya.. Alih2,suami itu cuba utk bt skandal dgn kakak sy(Maaf en suami orng, kakak sy msih seorng muslim y beragama islam). Bru kami semua tau, trend suami@isteri skandal sesame sendiri trjadi sbb pasangan masing2 brperangai serupa,ptut la mereka boleh brkahwin. Entah apalah nsib anak2 mereka,ibu bapa tiada agama. Budaya swinger Barat dah msuk ke budaya kita.. Terus terang, sy rse jijik ngan suami@isteri y men skandal sesame sendiri, inilah juga y sy rse tntng abg ipar sy sendiri(soon-to-be 'EX', kakak sy bwa kes ini msuk mahkamah). Kepada mereka y trlibat dlm trend ini, segera la kembali ke pangkal jalan, ingat Allah dan balasan akhirat kelak.

Unknown said...

Hurm......skanda suami vs isteri org adalah trend terkini be aware