Pages

Sunday, March 6, 2011

Arsenal 0-0 Sunderland: Liga Perdana Inggeris (6 Mac 2011)

Kecewa dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sunderland bermain di the Emirates. Kalau le menang dapatlah merapakan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada satu mata aja.

Banyak cubaan berbahaya yang telah dilakukan oleh Arsenal pada separuh masa kedua terutamanya pada minit ke-75, setelah tandukan Chamakh terkena palang gol. Tendangan yang masuk ke gawang Sunderland tidak dikira kerana pengadil mengatakan Arshavin berada dalam kedudukan "offside" walaupun bila tengok "replay" sah-sah Arshavin tidak "offside".

Pengadil juga tidak menghadiahkan sepakan penalti untuk Arsenal walaupun Arshavin ditolak dalam kotak penalti. Tetapi banyak lagi serangan yang dilakukan oleh Bendtner, Nasri, Arshavin dan pemain-pemain Arsenal yang lain telah diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet.

Apa-apa pun kena fokus untuk perlawanan yang akan berlangsung dalam masa 7 hari dari sekarang iaitu menentang Barcelona (pusingan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara) dan Manchester United (suku akhir Piala FA).

Keputusan perlawanan 5 dan 6 Mac 2011 yang diambil from ESPN.

4 comments:

Geng Borak said...

waaaahhh.. arsenal takde chance laa...
ape2 pun liverpool tetap di hati.. hehehe
Earning Churp Churp Naik Lagi!(tak masyuk macam sharinginfoz)

LiFe KaMi said...

arghh kenapakah,apakah,mengapakah..
arsenal dah down ni,,
kena setup balik mind set diorg..

Relevan said...

Seri pun ok...

zuar said...

dah nmpk dah..dkt2 nk hbs ni mmg sllu jd cmni kn bro..kekeke