Pages

Saturday, January 1, 2011

West Brom 1-2 Manchester United: Keputusan Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (1 Januari 2011)

Keputusan terkini perlawanan antara West Brom dan Manchester United berkesudahan Manchester United menang 2-1 di gelanggan lawan. Inilah kemenangan kedua Manchester United di tempat lawan dan 7 lagi berkesudahan seri. By the way, secara keseluruhan, Man Utd mengekalkan rekod tanpa kalah setelah bermain sebanyak 19 perlawanan.

Man Utd mendapat gol pembukaan seawal minit yang ke-3 hasil jaringan Wayne Rooney. Gol tersebut hasil tandukan Rooney setelah mendapat hantaran daripada Patrice Evra.

11 minit selepas itu, West Brom menyamakan kedudukan setelah volley cantik daripada James Morrison gagal diselamatkan oleh penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak. Gol tersebut disebabkan pertahanan lemah daripada Nemanja Vidic yang gagal menanduk keluar bola tetapi dapat disambut oleh James Morrison just outside penalty box.

West Brom hampir mendahului Man Utd pada minit yang ke-63, tetapi sepakan penalti Peter Odemwingie tersasar ke sebelah kiri walaupun penjaga gol Man Utd merebahkan diri ke arah kanan. Memang penalti yang sangat teruk.

Javier Hernandez menjaringkan gol untuk Man Utd bagi membolehkan Man Utd membawa balik 3 mata bermakna. Gol ini diperoleh setelah Javier Hernandez menanduk cantik bola dari sepakan sudut yang mana Hernandez tidak dijaga.

Dengan kemenangan ini, Man Utd berada di tangga teratas liga dengan sangat selesa di mana 3 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City dan mempunyai kelebihan satu perlawanan.

No comments: