Pages

Sunday, August 29, 2010

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Blackburn Rovers 1 vs Arsenal 2

Terkini:

Arsenal berjaya mendapat 3 mata penuh setelah keputusan berkesudahan Blackburn 1-2 Arsenal hasil jaringan Walcott (20) dan Arshavin (51). Tuan rumah, Blackburn mendapat satu gol di minit 27 hasil jaringan Mame Biram Diouf. Dengan keputusan ini Arsenal berjaya meraih 7 mata setelah bermain 3 games.

Secara keseluruhan Arsenal tidak bermain dengan begitu baik terutamanya di separuh masa pertama di mana hantaran tidak begitu kemas. Walau bagaimanapun, Blackburn bermain dengan agak kasar. Tetapi secara keseluruhan Blackburn bermain dengan begitu bersemangat dan serangan quite menggerunkan pertahanan Arsenal.

Credit: telegraph.co.uk

Lain-lain permainan:
  • Tottenham Hotspur 0-1 Wigan Athletic

  • Blackpool 2-2 Fulham

  • Chelsea 2-0 Stoke City

  • Wolverhampton Wanderers 1-1 Newcastle Utd

  • Manchester Utd 3-0 West Ham Utd

  • Bolton Wanderers 2-2 Birmingham City

  • Liverpool 1-0 West Bromwich Albion

  • Sunderland 1-0 Manchester City

  • Aston Villa 1-0 Everton

PREVIOUS ENTRY

Perlawanan ketiga bagi Blackburn dan Arsenal di dalam Liga Perdana Inggeris 2010/2011. Ianya akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Channel 812 pada pukul 7.40 malam, 28 Ogos 2010 waktu Malaysia. Untuk keputusan terkini, ianya akan dikemaskini nanti.

Pada perlawanan kedua, Arsenal menang 6-0 menentang Blackpool manakala Blackburn pula kalah 1-2 kepada Birmingham.

Arsenal yang berada di kedudukan kedua liga dijangka meneruskan ketajaman permainan dan serangan. Antara pemain-pemain yang perlu diberi perhatian ialah Walcott yang menjaringkan hatrick sebelum ini, Chamakh, Persie, Fabregas dan Arshavin.

Bagi Blackburn pula yang berada di kedudukan ke 10 liga, dijangka akan bermain dengan penuh semangat setelah kalah perlawanan kedua dan juga mendapat kelebihan bermain di gelanggan sendiri, Ewood Park. Pada perlawanan pertama di Ewood Park, Balckburn menang 1-0 hasil jaringan Kalinic. Pemain-pemain Blackburn yang perlu kita fokus ialah penyerangnya, Nikola Kalinic dan pemain tengah, Steven Nzonzi.

2 comments:

Relevan said...

Yea..dulu dulu minat juga dengan Arsenal ni..

awegooner said...

dulu arsenal skrgpun arsenal.. gomo arsenal gomo!! hah ha!