Pages

Thursday, June 10, 2010

Ringkasan / Intipati Rancangan Malaysia Ke-10, RMK10 (Summary of 10th Malaysian Plan, 10MP)

Hari ini, 10 June 2010, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 or 10th Malaysian Plan yang mana meliputi 5 tahun bermula 2011 hingga 2015.

RMK10 sangat penting bagi menjayakan matlamat Malaysia untuk menjadi negara yang maju dan berpendapatan tinggi by 2020. This 10MP will also provide the direction on how Malaysians' income can be increased. I will update the summary of that later. In the mean time, you can follow the twitter for the update and views by various people.

RINGKASAN RMK10
  • Target pendapatan per kapita sebanyak RM38,850 or USD12,140 pada tahun 2015
  • Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015
  • Taraf serta kualiti hidup rakyat bertambah baik, terutamanya bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah
  • 10 premis utama

    Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

    Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

    Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

    Keempat: Menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi.

    Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

    Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

    Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif.

    Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

    Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

    Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
  • 5 teras strategik

    Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;

    Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi;

    Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

    Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

    Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup;
  • Peluang kepada penjawat awam untuk menambah ilmu dan kepakaran masing-masing juga akan diperluaskan
  • 52 projek berimpak tinggi telah dikenalpasti untuk dilaksanakan yang bernilai RM63 bilion

    Pertama: Tujuh buah lebuhraya dengan anggaran kos sebanyak RM19 bilion. Projek termasuk Lebuhraya Pantai Barat, Lebuhraya Guthrie - Damansara, Lebuhraya Sungai Juru dan Lebuhraya Paroi - Senawang- KLIA;

    Kedua: Dua buah Projek Loji Jana Kuasa Elektrik Arang Batu dengan anggaran kos sebanyak RM7 bilion; dan

    Ketiga: Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, Selangor seluas lebih kurang 3,300 ekar dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion.
  • Kerajaan akan menubuhkan sebuah unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.
  • Pelaksanaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri. Bagi penduduk di luar bandar, perkhidmatan rangkaian akses kepada jalur lebar akan disediakan melalui prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan yang pelbagai.
  • Loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant) yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara
  • Dasar Baru Tenaga telah mengenal pasti lima pendekatan yakni:

    Pertama: merasionalkan harga tenaga mengambil kira faktor pasaran secara berperingkat selaras dengan kedudukan ekonomi semasa negara serta kemampuan rakyat;

    Kedua: pembangunan bekalan tenaga secara lebih strategik dengan mempelbagaikan sumber tenaga, termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Tenaga nuklear juga akan dipertimbangkan sebagai tenaga alternatif;

    Ketiga: meningkatkan pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga di sektor industri, komersil, kediaman dan pengangkutan;

    Keempat: menambahbaik tadbir urus bagi menyokong peralihan kepada prinsip pasaran serta mewujudkan mekanisma penyaluran bantuan sosial kepada golongan berpendapatan rendah; dan

    Kelima: memastikan Dasar Baru Tenaga dilaksana berdasarkan pendekatan bersepadu dalam tempoh yang ditetapkan supaya matlamat jaminan bekalan tenaga akan dapat dicapai.
  • Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) yang memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara.

    Kerajaan akan terus menyokong pembangunan SME, termasuk syarikat-syarikat kecil yang masih di peringkat awal untuk bekembang sehingga ke tahap global.

    Di samping itu, kita juga perlu menggalakkan SME asing untuk bekerjasama dengan SME tempatan supaya sama-sama mendapat manfaat daripada peralihan teknologi dan membuka pasaran yang lebih luas, khususnya dalam sektor teknologi moden.

    Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM7 bilion dan Skim Jaminan Pengstrukturan Semula Industri berjumlah RM3 bilion.

    Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang efektif kepada para usahawan SME kelaknya nanti
  • Penyertaan Masyarakat Bumiputera dalam ekonomi negara

    Syarikat Bumiputera berpotensi yang telah membuktikan kebolehan serta kewibawaan mereka akan disokong untuk maju ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan supaya syarikat-syarikat ini dapat merealisasikan kemampuan mereka secara optimum

    Lima inisiatif strategik telah dikenalpasti untuk dilaksanakan seperti berikut:

    Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian. Program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan seperti PNB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji akan diperbaharui dan diperkukuh

    Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Pelaburan Hartanah Berhad akan menubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah bagi mengurangkan kekangan kepada Bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri.

    Ketiga: Menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera. pakej secara bersepadu akan dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing dan daya maju Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), termasuk latihan keusahawanan, bantuan teknikal, pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan 32 pemasaran. Bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pembiayaan, sebanyak RM1.5 bilion atau separuh daripada tambahan dana Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM3.0 billion, akan diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera

    Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

    Kelima: Menubuhkan satu Majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, akan menjadi urusetia kepada Majlis ini manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif
  • Memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini
  • Dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing.
  • Kerajaan juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • Memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan displaced estate workers. Sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang dan terletak tidak melebihi 5 kilometer daripada paip utama akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM109 juta
  • Penduduk yang tinggal di kawasan kampung baru Cina akan juga diberi bantuan. Kini, terdapat 280,000 isi rumah yang tinggal di kawasan kampung baru Cina. Untuk membantu mereka membuat pembayaran premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan, pinjaman mudah akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional. Untuk ini, sebagai permulaan dana pembiayaan sebanyak 100 juta ringgit akan disediakan.
  • Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus. Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Bagi memperhebat kualiti guru prasekolah pula, syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.
  • Sejumlah 20 buah sekolah telah diberi status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka. Bilangan SBT akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012.
  • Sekolah Amanah, atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah Kerajaan yang terpilih. Sekolah-sekolah tersebut akan diberi kuasa autonomi oleh Kerajaan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
  • Bagi tujuan mengubah suai dan menaik taraf sekolah bantuan modal, peruntukan sebanyak RM280 juta akan disalurkan bagi tempoh 2011 dan 2012.
  • Penyertaan kanak-kanak yang berumur antara empat hingga lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012. Insentif sebanyak 10 ribu ringgit akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
  • Kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan umur persekolahan formal daripada 6 tahun kepada 5 tahun pada akhir tempoh Rancangan ini
  • Kualiti staf akademik akan dipertingkatkan dengan menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD, iaitu 75 peratus bagi Universiti Penyelidikan atau Research University, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.
  • Bagi menggalakkan kegiatan R&D, Kerajaan telah mengiktiraf UM, UKM, UPM dan USM sebagai universiti penyelidikan. Sebuah lagi IPTA sudah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan. Universiti tersebut ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan memperkenal kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat, dan berbeza mengikut tahap kemahiran masing-masing. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir. Kadar tersebut akan ditingkatkan pada setiap tahun.
  • Kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation yang akan mengenal pasti kekurangan kemahiran di sektor-sektor utama, serta menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan.
  • Kerajaan telah pun menubuhkan Majlis Profesor Negara yang telah PM lancarkan baru-baru ini. Kepakaran seramai lebih 1,400 Profesor di IPTA seluruh negara akan dapat dimanfaatkan melalui prakarsa ini.
  • Satu kategori baru yakni Profesor Kanan telah diwujudkan dengan diletakkan di bawah tangga gaji Gred Turus.
  • Pada masa ini, 67 peratus daripada penduduk tinggal di kawasan bandar. Berdasarkan kepadatan tersebut, Kerajaan akan berusaha memastikan bahawa kawasan bandar selesa didiami dengan liputan kemudahan asas yang mencukupi.
  • Pewujudan kawasan lapang atau hijau akan diperbanyakkan. Antara contoh inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah merubah kawasan Taman Tasek Perdana, Kuala Lumpur kepada sebuah Taman Botanik dan juga pewujudan Pusat Pelancongan Malaysia Truly Asia di Kuala Lumpur. Selain itu, kawasan pinggiran sungai atau waterfront akan diindahkan sebagai kawasan rekreasi sepertimana yang telah dilaksanakan di Sungai Melaka.
  • Kerajaan mensasarkan pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.
  • Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab bagi merancang, mengawal selia dan menguatkuasa sistem serta operasi pengangkutan awam darat.
  • Kerajaan akan memperkemas lagi juraian dan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi. sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini.
  • Pembinaan terminal bas dan rel seperti Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak juga akan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengangkutan awam.
  • Sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor manakala bilangan bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang, untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.
  • Pembinaan 8 hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia yang akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama Rancangan ini.
  • Kemudahan sukan dan rekreasi akan dibina serta dinaiktaraf di kawasan strategik dan mudah diakses oleh orang ramai.
  • 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina bagi menyediakan perumahan mampu milik mencukupi bagi setiap segmen masyarakat, terutamanya yang berpendapatan rendah. Satu dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkan bagi tujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta
  • Rondaan polis akan dipertingkatkan, terutamanya di lima puluh hot spots yang telah dikenalpasti untuk membendung aktiviti jenayah. Sebanyak 496 CCTV sedang dipasang di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.
  • Langkah akan diambil untuk meningkatkan penyertaan wanita di pelbagai peringkat dalam sektor awam dan swasta, termasuk bidang keusahawanan. Kerajaan menyeru sektor swasta meningkatkan penglibatan wanita, terutamanya dalam jawatan peringkat tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah
  • Tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan infrastruktur yang lebih mesra warga emas, meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang mampu dibiayai, menyedia rumah perlindungan yang mencukupi dan mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan
  • Tumpuan juga akan diberi kepada usaha untuk mengarusperdana OKU ke dalam masyarakat supaya mereka boleh berdikari, produktif dan menjadi penyumbang yang dihargai dalam pembangunan.
  • Kerajaan akan menggalakkan pewujudan perumahan mesra alam dengan memperkenalkan Garispanduan serta sistem penarafan hijau. Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh.
  • Banyak individu, perniagaan dan inisiatif inovasi yang telah gagal kali pertama, tetapi mampu berjaya kembali kemudiannya. Justeru, undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

2 comments:

velasrizal said...

kat malaysia kini dah ada sket bro.. blh update

ravishingpeacock said...

hope ianya fair kepada sume golongan huhu