Sebagai contoh kalau kita simpan untuk tempoh 1 tahun yang mana minima adalahRM3,000 kadar pembahagian keuntungan adalah 30:70 iaitu 30% untuk pelabur dan 70% untuk BSN yang mana lebih kurang 2.42%. Ini bermakna kalau kita simpan RM10,000 dalam masa setahun kadar keuntungan yang kita dapat adalah RM242.
Dengan pemansuhan SSP Edisi Khas, kadar pembahagian keuntungan adalah 3:97 iaitu lebih kurang 0.17%. So kalau simpan RM10,000 kita akan dapat RM17. So perbezaannya adalah RM225.
Bermula 1 Jun 2016 juga BSN akan membuat perubahan mengenai hadiah cabitan bertuah yang mana antara lain hadiah istimewa berupa RM1 juta akan diberi setiap bulan berbanding hanya bulan Disember sebelum ini.
Jangan terlalu gembira memandangkan Cabutan Tempatan akan dimansuhkan juga. Sebelum ini cabutan Tempatan diadakan di setiap negeri setiap dua bulan yang mana hadiah yang ditawarkan adalah Perodua AXIA, BSN SSP bernilai RM500 untuk 260 orang dan RM50 untuk 6,500 orang.
Mengikut The Star, jumlah simpanan SSP dijangka dicatat pada RM3 billion bagi pertengahan tahun 2016. Just imagine daripada penamatan SSP Edisi Khas dan pemansuhan Cabutan Tempatan, agak-agak berapa banyak BSN akan buat keuntungan?
OK kita kira secara kasar, dengan cabutan tempatan dimansuh BSN akan dapat save RM23.16 juta:
- 6 kali cabutan X AXIA (RM30,000) = RM0.18 juta
- 6 kali cabutan X RM500 X 260 = RM0.78 juta
- 6 kali cabutan X RM50 X 6500 = RM1.95 juta
- Kita andaikan daripada RM3 billion, 30% masuk SSP Edisi Khas so jumlahnya adalah RM900 juta, so jumlah yang dapat BSN save disebabkan oleh pemansuhan Edisi Khas adalah sebanyak RM20.25 juta
4 comments:
dlu2 sijil simpanan premium ni femes sbb adiah kete grand2 mcm bmw and merz...dlu pernah dpt juga cabutan tp saguhati je dpt rm 300 simpanan sijil premium...berangan juga nk menang kete hehe
Dear Admin,
May I know what is the best way to contact you for a potential collaboration?
Thank you
pasni kena tgk2 instrumen pelaburan kt tempat lain la plak ek
kena jual jugak lah SSP dapat percuma sebanyak 1000 itu hari.
Post a Comment