Pages

Wednesday, June 1, 2016

51 Buah Buku @RM79.90 di Big Bad Wolf di Mines 2

Sekarang ni berlangsung jualan buku "Big Bad Wolf" di Mines 2. Kali ini ianya berkonsepkan beli kotak then masukkan seberapa buah buku yang mana ianya perlu ditutup secara flat. Ada tiga jenis pakej, yang kecil RM79.90, yang besar RM99.90 dan satu lagi pakej family iaitu satu kotak kecil dan satu kotak besar, harganya RM160 (kalau tak silap).
Ni le kotak yang saya maksudkan.
Kalau nak beli kotak boleh masuk laluan sebelah kanan dan kalau nak tengok-tengok dulu masuk laluan sebelah kiri. By the way, ianya dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam dari 27 Mei 2016 sehingga 5 Jun 2016.
Beratur jangan tak beratur ya beli kotak di book fair Mines 2, Big Bad Wolf.
Buku memang banyak tetapi rasanya sukar juga nak buat pilihan sebab nak cari yang kita nak tak jumpa. Tapi untuk buku kanak-kanak sama ada English or Malay memang banyak.
Mula-mula saya masuk untuk tengok-tengok then minta kotak yang biasa-biasa dengan pekerja Big Bad Wolf dan masukkan buku yang kami nak. Then bila dah confirm berapa banyak buku yang kami betul-betul suka, then baru beli kotak. Kotak yang mula-mula kami minta tu kotak yang bukan jenis berbayar, alah kotak just nak letakkan buku aja. Kiranya kotak terpakai le.

So akhirnya kami beli kotak yang berharga RM79.90.
Tengok tu kena usung kotak ke sini ke sana. Memang konsep tu pelik le juga berbanding dengan Big Bad Wolf yang lain sebelum ini. Rasanya dah lama tak terjah Bid bad Wolf ni, kalau tak silap kali terakhir ialah tahun 2011.
Inilah sebahagian buku yang kami masukkan dalam kotak tu.
Ini kesemua buku-buku yang dibeli iaitu sebanyak 51 buah. So kalau kita bahagikan dengan RM79.90, harga sebuah buku adalah RM1.57. Murah kan.
Berat juga bawa satu kotak ni. So begitulah cerita beli buku di Big Bad Wolf secara kotak.

5 comments:

Muslimah Optimis said...

walla. syoknya sopim buku nih

mama tisya said...

peminat buku mmg wajib la big bad wolf ni..berbaloi murah tul tu

Rabia Sensei said...

I want one!

usryabdullah said...

Setiap tahun saya pasti akan pergi. Berbaloi-baloi. Tahun ni saya bajet dalam RM200-RM250.

anyss said...

Assalamualaikum,
biasanya ambo bawak beg troli untuk travel tu....tarik je merata tempat tak patah belakang angkut