Pages

Monday, May 23, 2016

Jom Sue & Tuya Shell Out Section U4 Shah Alam @RM50

Cuti minggu hari Ahad pi makan makanan laut yang beralaskan kertas di atas meja tanpa pinggan di Sue & Tuya Shell Out yang bertempat di Subang Bestari.
Kalau tak silap tempat ni baru sahaja dibuka tak sampai 3 bulan lagi. Nak makan bawah khemah pun boleh.
Kalau tak nak, boleh aja makan kat dalam restoran tu. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Boleh datang bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.
Restoran Sue & Tuya ni tak macam di Ocean Hauz ataupun Shell Out di Kota Damansara yang mana sebelum kita makan tu kena pilih dan timbang dulu makanan laut tu. Kat Sue & Tuya tu ianya didatangkan dalam set yang berharga RM50, ada 2 ekor ketam yang dimasak cili, udang buttermilk, sotong kari dan juga pepahat, kijing atau lala dimasak sweet sour. So dapatlah seafood 4 jenis untuk RM50 bagi 2-4 orang bolehlah.

Anyway harga ni tak termasuk dengan nasi ataupun air.
Harga air di Sue & Tuya ni memang berpatutan. Anyway konsep yang ingin dipertengahkan oleh pemilik restoran ni, Suraya dan kakaknya Suhaila adalah set shell out mampu bayar. Memang harga sangat berpatutan. 
Kejap aja, lepas duduk dan order datanglah staff mereka untuk letakkan kertas atas meja dan tak sampai 5 minit diaorang bawa seafood dalam lima bekas yang berbeza. Ada ketam, udang, sotong, kepah dan juga sayuran jagung dan brokoli.
Apa lagi makan time le. Ratah jangan ratah, makan dengan nasi sekali ya kan tak kenyang pula.
Memang ketam ni besar, kami makan bertiga memang puas hati. Cuma satu aja, diharap pemilik restoran ni sediakan alatan untuk kita hantam ketam ni or bagi ketuk sikit ketam agar senang nak makan. Takkan nak expect gigit aja ketam ni. Udang memang saya suka dengan rasa butternya, sedap aja hisap kepala udang ni. Memang rasanya manis-manis aja macam rasa jagng pun ada.
Kan saya cakap ketam tadi besar. Sotong kari ni macam rasa kari sangat le, macam tak kena sikit dengan kombinasi dengan yang lain tapi itu cuma pendapat peribadi saya. 
Secara keseluruhan memang berpuas hati dengan rasa dan juga layanan mereka. By the way, masa pergi tu ada juga menu fries, nugget dan hotdog tapi ianya makanan tu tak siap lagi. Kalau tak siap ianay dikendalikan oleh pihak lain, masa tu diaorang tak sampai lagi kot. Itu kena make sure lain kali bila Sue & Tuya dibuka, orang yang jual makanan tu perlu ada juga. 
Kepah memang anak saya Afiqah suka sangat.
Semua sekali termasuk nasi dan minuman adalah RM66.90. Memang berbaloi harganya. Sebelum ni makan kat Ocean Hauz, RM125.95. So apa lagi kunjungilah Sue & Tuya Shell Out. Boleh whatsapp pemiliknya, Suhaila di 017-291 7842 untuk maklumat lanjut. Masa entri ni ditulis diaorang tak ambil booking so kenalah walk-in ya. Kalau datang awal tu memang tak ada masalah untuk dapatkan seat tapi kalau datang lebih kurang waktu maghrib tu memang ramai.

Sunday, May 15, 2016

Makan di Restoran Merah Laqstaq di Sungai Penchala Memang Sedap

Tengah hari tadi pi cari nasi daging  merah di Kedai Daging Merah Loqstaq yang bertempat di Sungai Penchala. Ianya tidak jauh dari Restoran Sambal Hijau dan juga berhadapan dengan masjid. 
Masa tu tengah hujan, so ramai gak yang datang dan beratur sambil berpayung.
Kat dalam restoran tu tak banyak sangat tempat duduk rasanya tak sampai 50 kot.
Kat sini memang orang cari nasi daging merah le. Restoran ni adalah cawangan pertama di luar Alor Setar kalau tak silap. Harga nasi daging merah tu adalah RM6.50.
Di samping daging merah, ada juga nasi ayam goreng yang mana harganya adalah sama.
Kat sini just bayar harga nasi aja. So air tu percuma aja, minum le sepuas-puas.
Anyway saya beli nasi daging merah bungkus so makan kat rumah. Memang sedap dagingnya yang lembut dan kena dengan sambal serta kuahnya. So apa lagi, pada yang teringin nak makan nasi daging merah bolehlah terjah di Sungai Penchala di Loqstaq.

Tuesday, May 10, 2016

BSN Mansuhkan Sijil Simpanan Premium Edisi Khas

Bermula 1 Jun 2016, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memansuhkan Sijil Simpanan Premium (SSP) Edisi Khas. Apa benda SSP Edisi Khas tu? ianya yang mana lebih kurang macam simpanan tetap (FD) yang mana kadar keuntungan yang diberi adalah lebih tinggi dan dalam masa yang sama ada peluang untuk dapat cabutan bertuah.

Sebagai contoh kalau kita simpan untuk tempoh 1 tahun yang mana minima adalahRM3,000 kadar pembahagian keuntungan adalah 30:70 iaitu 30% untuk pelabur dan 70% untuk BSN yang mana lebih kurang 2.42%.  Ini bermakna kalau kita simpan RM10,000 dalam masa setahun kadar keuntungan yang kita dapat adalah RM242.

Dengan pemansuhan SSP Edisi Khas, kadar pembahagian keuntungan adalah 3:97 iaitu lebih kurang 0.17%. So kalau simpan RM10,000 kita akan dapat RM17. So perbezaannya adalah RM225. 
Bermula 1 Jun 2016 juga BSN akan membuat perubahan mengenai hadiah cabitan bertuah yang mana antara lain hadiah istimewa berupa RM1 juta akan diberi setiap bulan berbanding hanya bulan Disember sebelum ini.
 Jangan terlalu gembira memandangkan Cabutan Tempatan akan dimansuhkan juga. Sebelum ini cabutan Tempatan diadakan di setiap negeri setiap dua bulan yang mana hadiah yang ditawarkan adalah Perodua AXIA, BSN SSP bernilai RM500 untuk 260 orang dan RM50 untuk 6,500 orang.

Mengikut The Star, jumlah simpanan SSP dijangka dicatat pada RM3 billion bagi pertengahan tahun 2016. Just imagine daripada penamatan SSP Edisi Khas dan pemansuhan Cabutan Tempatan, agak-agak berapa banyak BSN akan buat keuntungan?

OK kita kira secara kasar, dengan cabutan tempatan dimansuh BSN akan dapat save RM23.16 juta:
  •  6 kali cabutan X AXIA (RM30,000) = RM0.18 juta
  • 6 kali cabutan X RM500 X 260 = RM0.78 juta
  • 6 kali cabutan X RM50 X 6500 = RM1.95 juta
  • Kita andaikan daripada RM3 billion, 30% masuk SSP Edisi Khas so jumlahnya adalah RM900 juta, so jumlah yang dapat BSN save disebabkan oleh pemansuhan Edisi Khas adalah sebanyak RM20.25 juta 
Tapi jumlah cabutan istimewa akan bertambah sebanyak 11 kali ataupun RM11 juta. So keuntungan BSN hasil daripada "penambahbaikan" adalah sebanyak RM12.16 juta setahun. Sebab tu le bank selalu  untung kan. Apa-apa pun, terpulanglah kepada masing-masing sama ada untuk simpan or tidak dalam SSP.

Saturday, May 7, 2016

Jom Pesta Buku 2016 di MAEPS Serdang

Baru aja balik dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bertempat di MAEPS. Hmmmm, pesta buku Kuala Lumpur tapi apasal kat Serdang ya, bukan Serdang tu dalam Selangor? Anyway pesta buku kali ini adalah dari 29 April 2016 sehingga 9 Mei 2016. So ada 3 hari lagi termasuk hari ni. Sempat lagi kalau nak terjah. Kat sini parking memang banyak, ada yang berbayar dan ada yang free. Kalau yang berbayar tu RM3.00 tak jauh dari lokasi pesta buku.  
Tak sangka ada buku berkaitan dengan Azizi Ali. Saya actually baca buku Azizi ni dah lebih 10 tahun. Tapi lama dah tak beli, so alang-alang singgah tangkap le buku beliau. Yang seronoknya ada diskaun 50%.
Buku PTS ni memang terkenal juga especially bagi kanak-kanak dan juga remaja. Ada diskaun 15%.
Ada gak buku daripada Telaga Biru yang mana diskaun sehingga 70%.
Nak beli buku daripada Ustazah Siti Nor Bahyah, Cakar Harimau tak? Ianya berharga RM10 aja.
Buku ulangkaji pelajaran untuk anak-anak memang banyak kat sini.
Tunjuk buku aja lah. Anyway masa kami pergi tu lebih kurang pukul 10 pagi so tak ramai lagi tapi masa lebih kurang kul 11.30 pagi memang ramai betul. Anyway kalau tak silap ianya dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Kalau weekend ada le sampai kul 9.00 malam, kalau tak silap.
Ni le hasil tangkapan pada hari ini di pesta buku 2016 di MAEPS Serdang.
Semua sekali lebih kurang RM200.
Ni le buku yang saya punya. Actually datang ni nak cari buku Rosyam Nor, Impian Jutawan Budak Setinggan.